Vivo X60 Pro+ kini rasmi dengan Snapdragon 888 & teknologi kamera yang lebih hebat
Selepas pelancaran Vivo X60 dan Vivo X60 Pro lewat bulan lalu, Vivo secara rasminya telah memperkenalkan Vivo X60 Pro+ yang hadir dengan sistem kamera yang lebih baik, cipset Snapdragon 888 dan banyak lagi.
Vivo X60 Pro+ hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.56-inci yang memiliki kadar segar semula 120Hz dan HDR10+ namun resolusi skrin masih kekal pada 1080p+.
Beralih kepada bahagian pemproses, Vivo X60 Pro+ hadir dengan cipset terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 888 yang tampil dengan GPU yang 35% lebih pantas dan 20% lebih cekap tenaga.
Cipset ini juga dipadankan dengan RAM jenis LPDRR5 iaitu 8 atau 12GB manakala storan dalaman adalah jenis UFS 3.1 iaitu pada kapasiti 128 atau 256GB.
Beralih kepada kamera, Vivo X60 Pro+ hadir dengan sensor utama 50MP ISOCELL GN1 yang memiliki 1.2µm piksel dan aperture f/1.57 dengan ciri SuperNight Mode 2.0
Beralih kepada sensor ultrawide IMX598 yang memiliki resolusi 48MP dengan fov 114° , satu sensor periskop 8MP dengan kadar zoom optik 5x (60x zoom digital) dan satu sensor telefoto 32MP untuk zoom jarak sederhana dan potret.
Vivo X60 Pro+ juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,200mAh yang menawarkan pengecasan pantas 55W dan adapter pengecasan masih disertakan dalam kotak.
Vivo X60 Pro+ akan ditawarkan didalam dua versi dengan harga jualan seperti berikut :
Vivo X60 Pro+ 8/128GB – CNY 4,999 (RM 3,120)
Vivo X60 Pro+ 12/256GB – CNY 5,999 (RM 3,744)