Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan realme 7 5G secara percuma melalui pelan Celcom MEGA


realme Malaysia telah mengumumkan satu alternatif pintar untuk peminat realme mendapatkan telefon pintar 5G terbaru syarikat ini iaitu realme 7 5G melalui syarikat telekomunikasi tempatan Celcom.

Melalui pelan Celcom MEGA, peminat realme boleh mendapatkan realme 7 5G pada harga yang sangat berpatutan atau percuma dengan langganan pelan MEGA dengan pas Lightning L atau XL.

Selain itu, realme 7 5G juga boleh dimiliki melalui pelan MEGA dengan Lightning M pada bayaran bulanan RM 98 manakala harga bagi peranti adalah RM 668 sahaja.

Pelan Celcom MEGA bagi realme 7 5G boleh dilanggan mulai 15 Januari dan ianya hadir dengan kontrak selama 24-bulan.

Pelan MEGA™ dengan pas Lightning M (RM 98 sebulan)

  • Harga peranti : RM 668
  • 10GB Internet
  • Panggilan percuma tanpahad kesemua rangkaian
  • 0.20sen setiap SMS

MEGA™ with Lightning L Pass (RM 148 sebulan)

  • Harga peranti : Percuma
  • 40GB Internet
  • Panggilan percuma tanpahad kesemua rangkaian
  • 0.20sen setiap SMS

MEGA™ dengan pas Lightning XL (RM 188)

  • Harga peranti : Percuma
  • 80GB Internet
  • Panggilan percuma tanpahad kesemua rangkaian
  • 0.20sen setiap SMS

Setiap pembelian realme 7 5G melalui pelan Celcom MEGA juga akan menerima koleksi barangan realmoew edisi terhad bernilai RM 79.

Sumber : https://shop.celcom.com.my/device-detail/Realme-7-5G

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.