Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung tawar diskaun sehingga 50% bagi jualan Lazada 11.11

Samsung tawar diskaun sehingga 50% bagi jualan Lazada 11.11 1

 

Samsung tawar diskaun sehingga 50% bagi jualan Lazada 11.11 2
Penjualan Online tahunan terbesar iaitu 11.11 akan berlangsung didalam masa sehari sahaja lagi dan ini adalah waktu terbaik untuk anda mendapatkan produk kegemaran anda secara atas talian.

Selepas menyaksikan pengumuman promosi 11.11 daripada hampir semua syarikat telefon pintar, Samsung kini telah mengumumkan promosi mereka pada 11.11 yang akan berlangsung di stor rasmi Samsung di Lazada.

Samsung telah mengumumkan penawaran diskaun sehingga 50% bagi pelbagai produk Samsung dan syarikat ini juga telah mengumumkan penjualan kilat selama dua jam iaitu dari 12 tengah malam sehingga 2 pagi.

Berikut adalah senarai produk yang akan ditawarkan pada jualan kilat di Lazada :

Samsung Galaxy A01 Core – RM 199 (RRP RM329)

Samsung Galaxy M31 – RM 799 (RRP RM 1,099)

Samsung Galaxy M51 – RM 1,399 (RRP RM 1,599)

Samsung Galaxy Note10+ – RM 2,099 (RRP 4,199)

Selain itu, anda juga boleh menikmati tambahan diskaun RM 200 bagi pembelian melebihi RM 2,200 dengan memasukkan kod baucar SSHA220 namun ianya adalah terhad.

Maklumat lanjut mengenai promosi ini di : https://bit.ly/3eA3TYw

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.