Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note20 Ultra – Teknologi Kamera 108MP Terunggul di Pasaran




Samsung Galaxy Note20 Ultra – Teknologi Kamera 108MP Terunggul di Pasaran

Pada bulan Ogos, Samsung telah memperkenalkan Siri Galaxy Note20 yang memberikan pengguna satu pakej telefon pintar Norma Baharu yang meletakkan telefon pintar terbaru Samsung ini sebagai antara yang terbaik dipasaran.

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G merupakan kemuncak kepada kemajuan teknologi telefon pintar dan ianya dilengkapi dengan pelbagai spesifikasi yang menjadikan pengunaan telefon pintar ini satu pengalaman yang menyeronokkan.

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G telah disertakan dengan teknologi kamera yang boleh diklasifikasikan sebagai yang terunggul dipasaran.



Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G hadir dengan sensor kamera yang mempunyai resolusi tertinggi dipasaran iaitu sensor 108MP dan ianya turut dipadankan bersama-sama sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 12MP serta teknologi Laser Autofokus.

Rakaman Video 8K

Sedang kebanyakkan pengeluar telefon pintar masih cuba memperhalusi teknologi video 4K, Samsung telah mengorak langkah awal untuk menawarkan pengguna kebolehan merakam video 8K yang menawarkan 4 kali ganda resolusi yang ditawarkan pada video 4K.

Video 8K tahap profesional ini juga memberikan pengguna Samsung Galaxy Note20 Ultra kebebasan penuh untuk melaras ISO, kelajuan shutter, pemfokusan manual dan banyak lagi didalam mod Pro Video.

Selain itu, rakaman video 8K dibuat pada kadar (7680 x 4320)@24fps dengan pilihan untuk menggunakan nisbah 16:9 atau 21:9 yang memberikan anda pengalaman video yang lebih sinematik.

Video 8K adalah resolusi yang sangat tinggi dan setiap bingkai video yang diambil pada video ini juga boleh disunting keluar menjadi satu imej beresolusi 33MP yang sangat berkualiti tinggi.

Rakaman Pro Video 120fps.

Pengunaan sensor 108MP telah membuka kemungkinan baru untuk Samsung dari segi fotografi dan videografi.

Mengambil kesempatan akan teknologi kamera ini, Samsung telah menyertakan rakaman video 120fps pada resolusi FHD.

Rakaman video pada kadar 120fps (pada resolusi 1080p) memberikan anda hasil video beresolusi tinggi yang sangat jelas dan sistem telefon pintar Samsung ini juga akan meningkatkan kadar segar semula skrin ke 120Hz untuk kesan yang lebih imersif.


Live Focus Video

Live Focus Video pada Samsung Galaxy Note20 Ultra memberikan anda ruang untuk menjadi lebih kreatif ketika mengambil video.

Pengguna kini diberikan kebebasan untuk melaras kekaburan latar belakang yang setaraf rakaman video pada kamera profesional DSLR.

Selain itu, Live Focus Video juga menawarkan pengguna 4 kesan menarik pada video yang dikenali sebagai Blur, Big Circle, Color Point, dan Glitch.

Dalam pada itu, anda juga boleh menetapkan tahap kesan ini secara langsung ketika video sedang dirakamkan.

 


Super Steady

Pengstabilan video pada telefon pintar adalah sesuatu yang amat penting untuk and memastikan sensor kamera dapat mengatasi gegaran yang terhasil ketika mengambil video samada apabila menggunakan tangan atau dipasang pada tripod.

Rakaman video Aktiviti lasak seperti basikal gunung kini lebih stabil dengan fungsi pengstabilan Super Steady yang ditawarkan pada Samsung Galaxy Note20 Ultra.

Kamera Samsung Galaxy Note20 Ultra mampu memberikan anda video dengan pengstabilan yang setaraf seperti pada kamera aksi.

Pengunaan AI pada mekanisma pengstabilan juga menyaksikan video lebih stabil dan memastikan pergerakan pada video yang lancar.

 

108MP Ultra High Resolution

Dengan pengunaan sensor utama 108MP, Pengguna diberikan satu peranti fotografi yang terunggul dipasaran.

Dengan fungsi Ultra High Resolution 108MP, anda boleh menggunakan 100% potensi sensor kamera ini dan pengzooman pada gambar juga memberikan imej yang jelas pada setiap sudut gambar.


Akhir sekali, dengan potensi kamera yang tidak terbatas pada Samsung Galaxy Note20, Samsung juga telah menyertakan pelbagai ciri kamera tambahan yang memastikan keharmonian antara sensor kamera dan fungsi tambahan yang menjadikan hasil akhir gambar lebih kreatif.

Samsung Galaxy Note20 Ultra kini ditawarkan di Malaysia didalam tiga pilihan warna iaitu Mystic Bronze, Mystic White dan Mystic Black.

Anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy Note20 Ultra melalui stor , Lazada , Shopee dan Samsung Experience Stor di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut layari Samsung official website.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.