Xiaomi Mi 10T Lite 5G kini rasmi dengan skrin 120Hz dan pemproses Snapdragon 750G
Selain Xiaomi Mi 10T Pro dan Xiaomi Mi 10T, Xiaomi juga telah memperkenalkan Xiaomi Mi 10 Lite yang menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan pemproses 750G.
Dengan pengunaan cipset ini, Xiaomi Mi 10T Lite menjadi telefon pintar midrange yang membawa teknologi 5G kepada semua.
Xiaomi Mi 10T Pro dan Mi 10T kini rasmi – Skrin 144Hz, SD 865 dan bateri 5,000mAh
Terus kepada spesifikasi Xiaomi Mi 10T Lite, ianya hadir dengan skrin paparan DotDisplay berukuran 6.7-inci namun dengan kadar segar semula 120Hz yang turut dilengkapi teknologi AdaptiveSync.
Selain itu, Xiaomi Mi 10T Lite juga disertakan dengan pemproses Snapdragon 750G, 6GB RAM dan storan antara 64GB atau 128GB.
Pada bahagian kamera, Mi 10T Lite juga disertakan dengan sensor utama 64MP seperti pada Xiaomi Mi 10T namun sensor ultrawide pada versi Lite ini adalah 8MP manakala sensor makro dan depth adalah pada resolusi 2MP sahaja.
Xiaomi Mi 10T juga disertakan dengan kamera selfie 16MP dan harus juga kami beritahu bahawa telefon pintar ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5 pada bahagian hadapan dan belakang namun rangka adalah diperbuat daripada plastik.
Xiaomi Mi 10T Lite disertakan dengan bateri berkapasiti 4,830mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 33W dan ianya disertakan didalam kotak.
Xiaomi Mi 10T Lite akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Atlantic Blue, Pearl Gray dan Rose Gold Beach.
Berikut adalah harga penjualan Xiaomi Mi 10T Lite
Xiaomi Mi 10T Lite 6/64GB – €279 *€249 – harga early bird
Xiaomi Mi 10T Lite 6/128GB – €329.
Xiaomi Mi 10T Lite juga telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 6 Oktober ini dengan harga penjualan RM 1,XXX.