Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold2 kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 7,999

Samsung Galaxy Z Fold2 Malaysia
Telefon pintar foldable terbaru Samsung iaitu Galaxy Z Fold2 yang dilancarkan minggu lalu kini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia dengan pra-tempahan akan dibuka mulai 11-24 September ini pada harga RM 7,999

Samsung Galaxy Z Fold2 hadir dengan banyak penambahbaikan dari semua sudut apabila dibandingkan dengan Samsung Galaxy Fold.

Samsung Galaxy Z Fold2 kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 7,999 15

Skrin paparan luar atau Cover Screen Samsung Z Fold2 kini lebih besar iaitu 6.2-inci dan ianya adalah panel Super AMOLED dengan nisbah 25:9.

Galaxy Z Fold2 Preorder Malaysia

Pada bahagian dalaman pula, skrin paparan boleh lipat Samsung Galaxy Z Fold2 ini adalah panel Dyamic AMOLED 22.5:18 dengan kadar segar semula 120Hz dan ianya juga dilapisi Ultra Thin Glass (UTG) untuk kualiti imej yang lebih terang dan kemasan premium.

Samsung Galaxy Z Fold2 kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 7,999 16

Engsel sisi Galaxy Z Fold2 juga ditambahbaik dan ianya adalah generasi ketiga, ianya diberi kama Hideaway Hinge yang membolehkan Galaxy Z Fold2 berdiri kukuh pada 75 hingga 115 darjah

Selain itu, terdapat struktur antara rangka dan engse yang berfungsi untuk memastikan tiada debu dan serpihan memasuki bahagian dalaman telefon pintar ini.

Samsung menawarkan pengguna memilih warna engsel ini iaitu mengikut pasaran dimana anda boleh memilih salah satu dari warna Metallic Silver, Metallic Gold, Metallic Red, dan Metallic Blue (pilihan ini tidak ditawarkan di Malaysia buat masa ini).

Samsung Galaxy Z Fold2 kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 7,999 17

Samsung Galaxy Z Fold2 juga disertakan dengan sensor tri-kamera utama iaitu satu sensor utama 12MP f/1.8, satu sensor telefoto 12MP f/2.4 2x Zoom dan satu sensor ultrawide juga pada resolusi 12MP dengan aperture f/2.2.

Samsung Galaxy Z Fold 2 juga disertakan dengan dua kamera selfie iaitu satu sensor 10MP f/2.2 pada cover screen dan satu lagi pada bahagian atas skrin dalam di sebelah kanan yang mana ianya juga pada resolusi 10MP.

Skrin hadapan Galaxy Z Fold2 juga boleh digunakan sebagai viewfinder dan anda boleh mengambil gambar menggunakan salah satu daripada tiga kamera utama yang disertakan.

Beralih kepada bahagian dalaman, Samsung Galaxy Z Fold2 juga disertakan dengan pemproses Snapdragon 865+ yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1

Samsung Galaxy Z Fold2 kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 7,999 18

Beralih kepada bateri pula, Samsung Galaxy Z Fold2 disertakan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W selain pengecasan tanpa wayar dan pengecasan PowerShare (reverse charging).

Samsung Galaxy Z Fold2 kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 7,999 19

Samsung Galaxy Z Fold2 juga hadir dengan sokongan 5G jenis mmWave dan sub-6GHz.

Samsung Galaxy Z Fold2 kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 7,999 20

Samsung Galaxy Z Fold2 akan hadir dengan harga penjualan RM 7,999 dan setiap pembelian ketika tempoh pra-tempahan akan menerima Galaxy Buds Live (bernilai RM 699) dan Montblanc card holder (bernilai RM 655) secara percuma.

Samsung Galaxy Z Fold2 kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 7,999 21

Anda boleh memilih untuk memiliki Samsung Galaxy Z Fold2 ini didalam dua warna iaitu Mystic Black atau Mystic Bronze.

Pra-tempahan boleh dibuat di Samsung Malaysia

Penjualan rasmi akan bermula dari 25 September 2020.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.