Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pengecasan Pantas Xiaomi Super Charge Turbo 100W bakal diumumkan bulan hadapan

Pengecasan Pantas Xiaomi Super Charge Turbo 100W bakal diumumkan bulan hadapan 1

Pengecasan Pantas Xiaomi Super Charge Turbo 100W bakal diumumkan bulan hadapan 2
Beberapa hari lalu kami telah melaporkan mengenai teknologi pantas realme Ultra Dart yang dikatakan mampu menawarkan pengecasan pantas melebihi 100W.

Teknologi ini dikatakan akan diumumkan secara rasmi bulan ini namun Xiaomi juga dilaporkan akan memperkenalkan teknologi pengecasan pantas 100W mereka ke pasaran.

Menurut seorang leakster terkemuka, Xiaomi dikatakan telah memulakan proses pengkilangan komersial bagi komponen pengecasan pantas 100W yang mungkin dikenali sebagai Super Charge Turbo.

Pengecasan Pantas Xiaomi Super Charge Turbo 100W bakal diumumkan bulan hadapan 3

Pengkilangan teknologi pengecasan pantas ini telah bermula bulan lalu iaitu di kilang Foxconn dan jika semua berjalan lancar, pengumuman rasmi mengenai teknologi pengecasan pantas ini akan diadakan bulan hadapan.

Selain itu, Xiaomi juga dilaporkan akan memperkenalkan teknologi pengecasan pantas tanpa wayar yang lebih baik di industri.

Menyentuh mengenai kelajuan pengecasan yang bakal ditawarkan oleh teknologi ini, ianya mampu memenuhi bateri 4,000mAh didalam masa 17 minit sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.