Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord akan ditawarkan di Malaysia melalui stor rasmi di Shopee

OnePlus Nord Shopee Malaysia
Telefon pintar terbaru OnePlus iaitu OnePlus Nord akan memasuki pasaran tidak lama lagi iaitu selepas pelancaran global pada 21 Julai ini.

OnePlus Nord adalah siri telefon pintar terbaru OnePlus yang akan menawarkan anda satu pakej telefon pintar setaraf flagship pada harga yang berpatutan.

OnePlus Nord akan ditawarkan di Malaysia melalui stor rasmi di Shopee 5
OnePlus Nord Malaysia melalui akaun instagram rasmi mereka telah mengumumkan bahawa telefon pintar OnePlus Nord akan dijual secara rasmi di Shopee melalui stor rasmi OnePlus.

Ini berbeza dengan penjualan telefon pintar OnePlus yang lain dimana ianya ditawarkan oleh dengan kerjasama rakan pengedar rasmi dan ini mungkin bagi memastikan harga penjualan OnePlus Nord kompetitif.

OnePlus Nord akan ditawarkan di Malaysia melalui stor rasmi di Shopee 6

Pastikan anda ‘follow’ stor OnePlus Nord di Shopee kerana anda mungkin antara yang bertuah untuk memenangi hadiah misteri dari OnePlus ( apabila telah mencapai jumlah followers yang diperlukan).

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.