Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Telefon Pintar OnePlus Nord akan dilancarkan di Malaysia bulan ini – flaghip killer yang baru?


Syarikat telefon pintar OnePlus yang boleh dikenali sebagai pengeluar telefon pintar ‘flagship killer’ yang pertama iaitu OnePlus One.

Walaubagaimanapun telefon pintar OnePlus kini lebih sebagai telefon pintar premium dengan harga hampir setaraf telefon pintar flagship dipasaran.

OnePlus nampaknya bakal mengubah semua presepsi ini dengan pelancaran siri telefon pintar OnePlus Nord yang dikatakan mungkin ditawarkan pada harga yang amat kompetitif.

Apa yang pasti adalah, OnePlus Nord dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dan syarikat ini telah membuka akaun Instagram OnePlus Nord Malaysia

Berdasarkan maklumat yang dikemaskini pada akaun media sosial OnePlus Nord , telefon pintar ini dilihat akan hadir dengan reka bentuk dual-punch hole dan Pete Lau juga memberikan pengesahan telefon pintar ini akan ditawarkan pada harga dibawah $500  ($299 pun bawah $500 jugak) 

Pelancaran OnePlus Nord di Malaysia mungkin berlangsung pada 7 Julai ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.