Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C11 Malaysia – AI Dual-Camera Yang Lengkap Dengan Fotografi Malam Nightscape

 

realme C11 Malaysia
realme C11 Malaysia – AI Dual-Camera Yang Lengkap Dengan Fotografi Malam Nightscape 

realme C11 telah dilancarkan secara rasmi pada 30 Jun yang lalu dimana Malaysia menjadi antara pasaran global terawal untuk menerima telefon pintar ‘entry-level king’ yang terbaru ini.

Walaupun diklasifikasikan sebagai telefon pintar kelas ‘entry-level’, realme C11 hadir dengan reka bentuk premium Geometric Art Design yang pertama kali digunakan pada telefon pintar realme.

Selain daripada reka bentuk panel belakang yang baru, realme C11 juga menampilkan reka bentuk modul kamera segiempat yang kini merupakan trend popular dipasaran.

13MP AI Dual Camera 13MP Super clear main camera

realme C11 menampilkan sensor kamera utama 13MP dengan aperture f/2.2 yang cukup lebar untuk membenarkan lebih banyak cahaya diserapkan pada gambar.

Ini menjadikan hasil gambar yang diambil lebih terang dan sensor ini juga lengkap dengan pemfokusan PDAF yang membolehkan pemfokusan pada imej dilakukan dengan lebih pantas dan tepat.

Selain itu, realme C11 juga hadir dengan pengzooman 4x yang membolehkan anda mengambil gambar jarak jauh dengan lebih jelas.

Kesan Bokeh Yang Lebih Semulajadi

Dwi-kamera AI yang dimiliki realme C11 ini juga menyokong kesan bokeh dengan pengunaan sensor bokeh 2MP yang lebih semulajadi dan menjadikan subjek lebih menonjol tidak kira ianya adalah haiwan, tumbuhan atau manusia.

Mod malam Nightscape 

realme C11 juga disertakan dengan mod fotografi malam Nightscape yang meletakkan telefon pintar ini sebagai telefon pintar fotografi malam yang terbaik pada segmen harga ini.

Algoritma mod Nightscape ini akan mengambil beberapa gambar pada tahap ‘exposure’ yang berbeza dan menggabungkan kesemua gambar yang diambil kepada satu gambar yang terhasil selepas menggabungkan aspek terbaik pada setiap gambar.

Ini menjadikan gambar mod Nightscape ini lebih cerah dan jelas.

realme C11 ternyata mampu menawarkan pengguna satu pakej kamera yang terbaik pada segmen harga ini.

Anda tidak perlu menunggu lama untuk memiliki telefon pintar terbaru realme ini kerana realme C11 akan mula dibuka untuk jualan mulai 7 Julai ini secara eksklusif di Shopee dengan harga penjualan RM 429 sahaja dan setiap pembelian juga akan menerima realme Buds 2 secara percuma.

realme C11 akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Mint Green dan Pepper Grey

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.