Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 9 kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 499

Xiaomi Redmi 9 kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 499 1

Xiaomi Redmi 9 kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 499 2

Xiaomi Malaysia secara rasminya telah melancarkan Redmi 9 ke pasaran Malaysia dan ianya hadir dengan harga penjualan RM dari 499 sahaja.

Redmi 9 hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.53-inci yang dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla 3 dan dengan nisbah 89.83%.

31DE0FC9-1744-4253-8399-1F24A68BE9AA-1024x507.jpeg

Xiaomi Redmi 9 hadir dengan pemproses Helio G80 yang hadir didalam konfigurasi 3/32GB atau 4/64GB selain sokongan dwi-SIM Nano dan microSD sehingga 512GB.

Tetapan Quad-kamera juga digunakan pada Redmi 9 ini iaitu sensor utama 13MP f/2.2, sensor ultrawide 118° 8MP f/2.2, sensor makro 5MP f/2.4 dan sensor depth 2MP manakala kamera selfie adalah 8MP f/2.0

02BAC65A-681F-4DE6-BACE-B4AAA26240A8-1024x464.jpeg

Redmi 9 juga memiliki kapasiti bateri yang besar iaitu 5,020mAh dengan pengecasan pantas 18W namun hanya palam pengecas 10W disertakan didalam kotak.

5638D64C-CC67-4547-8071-185050C76BE5-1024x569.jpeg

Redmi 9 hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, hijau dan ungu dengan harga penjualan RM 499 bagi versi 3/32GB manakala versi 4/64GB pula hadir pada harga RM 599.

Anda boleh mendapatkan Redmi 9 mulai 25 Jun ini ​di Mi Stro seluruh negara, Lazada  dan Shopee.

Xiaomi Redmi 9 kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 499 3

Selain itu, Xiaomi Malaysia juga telah memperkenalkan tiga produk eksositem mereka iaitu Mi Ionic Hairdryer, Mi Robot Vacuum-Mop dan Mi Wi-Fi Range Extender Pro.

Xiaomi Redmi 9 kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 499 4

Harga penjualan adalah seperti berikut dan pembelian boleh dibuat di Mi Stor mulai 25 Jun ini.

Mi Ionic Hairdryer RM 179

Mi Robot Vacuum-Mop RM 999

Mi Wi-Fi Range Extender Pro RM 59

Xiaomi Redmi 9 kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 499 5

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.