Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Motorola Edge+ dan Edge kini rasmi dengan SD865 yang membawakan sokongan 5G terpantas didunia


Jenama Ikonik, Motorola secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship 5G pertama mereka dan ianya hadir didalam dua varian iaitu Motorola Edge+ dan Motorola Edge.

Selain sokongan 5G, kedua-dua telefon pintar Motorola ini juga memiliki reka bentuk dan tetapan tri-kamera (quad-kamera kalau kira sensor ToF) yang sama dan lebih menarik mungkin memasuki pasaran Malaysia.

Motorola Edge+

Motorola Edge+ merupakan telefon pintar flagship sebenar Motorola setelah sekian lama dan ianya hadir dengan skrin paparan 6.7-inci HDR10+ AMOLED yang membawakan resolusi FHD+ namun lebih penting kadar segar semula 90Hz. Panel ini juga diberikan rawatan hole-punch pada sisi atas kiri yang menempatkan kamera swafoto 25MP dan terdapat juga sensor capjari terbina dalam skrin.

Motorola Edge+ akan hadir dengan sokongan 5G iaitu versi sub-5GHz bagi pasaran Global namun bagi pasaran Amerika Syarikat, ianya hadir dengan 5G mmWave.

Motorola Edge+ juga hadir dengan sensor kamera 108MP yang memiliki aperture f/1.8 dan OIS. Ianya  juga menggunapakai teknologi 4-in-1 Pixel Binning yang menghasilkan gambar 27MP.

Sensor 108MP ini juga disertakan dengan sensor telefoto 8MP yang memiliki OIS yang 3x zoom optik, satu sensor ultrawide 16MP 117° yang juga menyokong mod gambar makro dan tidak lupa satu sensor ToF.

Kamera Motorola Edge+ ini juga hadir dengan sokongan rakaman video 6K walaupun cipset yang disertakan mampu menyokong rakaman 8K.

Bercakap mengenai cipset, ianya adalah Snapdragon 865 yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5 selain storan dalaman 256GB UFS 3.0

Motorola Edge+ juga hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh namun pengecasan pantas yang disertakan hanya 18W melalui slot USB-C dan terdapat juga pengecasan pantas tanpa wayar 15W selain pengecasan tanpa wayar berbalik 5W.

Motorola Edge+ akan memasuki pasaran Global bulan hadapan dengan harga €1,199 atau sekitar RM 5,686.

Motorola Edge

Motorola Edge pula hadir dengan skrin paparan yang sama dengan saiz dan kadar segar semula jugak dikekalkan seperi pada Edge+ namun tiada sokongan HDR10+.

Cipset pada Motorola Edge adalah Snapdragon 765G namun sokongan 5G masih ada (Sub-6GHz) dengan 6GB RAM dan 128GB storan dalaman bagi pasaran global (terdapat juga slot microSD yang tidak ditawarkan pada Edge+).

Tetapan kamera adalah sama namun sensor utama yang digunakan adalah berbeza iaitu sensor 64MP dengan sensor ultrawide dan telefoto kekal sama. Kamera swafoto juga sama seperti pada Moto Edge+ iaitu 25MP.

Bateri yang ditawarkan pada Motorola Edge pula adalah 4,500mAh dengan sokongan pengecasan tanpawayar 18W namun tiada sokongan pengecasan tanpa wayar.

Motorola Edge+ dan Motorola Edge juga memiliki pembesar suara stereo, Android 10 dan bicu audio 3.5mm

Motorola Edge akan turut memasuki pasaran Asia Pasifik sekitar bulan Mei pada harga yang lebih berpatutan iaitu €599 atau dari RM 2,840.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.