Vivo V19 akan hadir dengan teknologi pengecasan pantas 33W
Vivo sebelum ini telah mengesahkan bahawa vivo V19 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dengan reka bentuk yang premium selain harga yang berpatutan.
Vivo V19 juga telah disahkan akan hadir dengan teknologi kamera selfie ‘dual front camera’ yang disertakan sensor utama 32MP.
Selain itu, Vivo kini telah mengesahkan bahawa vivo V19 ini akan hadir dengan bateri yang efisen tenaga dan pengecasan pantas 33W vivo FlashCharge 2.0.
Mengulas sedikit mengenai teknologi pengecasan pantas ini, ianya dikatakan mampu mengecas vivo V19 dari 0 ke 54% didalam masa 30 minit sahaja.
Teknologi pengecasan pantas ini akan memendekkan lagi waktu pengecasan bateri vivo V19 yang berkapasiti 4,500mAh.
Pelancaran rasmi vivo V19 di Malaysia dijangka akan berlangsung tidak lama lagi.