Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Evolusi Telefon Pintar Siri-P Huawei x Leica

Huawei P40 Malaysia
Huawei merupakan antara telefon pintar terbaik dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan perkembangan yang sangat ketara sejak berkerjasama dengan pengeluar kamera terkemuka Jerman iaitu Leica.

Huawei dan Leica telah berkerjasama untuk menghasilkan kamera telefon pintar sejak siri Huawei P9.

Siri telefon pintar Huawei P kini terkenal sebagai telefon pintar dengan teknologi fotografi dan rangkaian terbaik dipasaran.

Dengan pelancaran Huawei P40 yang bakal berlangsung jam 9 malam ini, kita mengimbas kembali evolusi Siri Huawei-P dengan kerjasama Leica.

Huawei P9 Malaysia

Huawei P9 : Dwi-Kamera Leica

Diperkenalkan pada Mei 2016, Huawei P9 dan Huawei P9 Plus merupakan telefon pintar pertama Huawei untuk hadir dengan tetapan dwi-kamera dibelakang dan merupakan kali pertama berkerjasama dengan Leica.

Penjualan Huawei P9 dan P9 Plus berjaya melebihi 10 juta unit penjualan seluruh dunia yang menjadikanya sebagai pencapaian yang baik bagi Huawei ketika itu.

Huawei P10 Malaysia

HUAWEI P10: Menolak sempadan dalam fotografi telefon pintar

Ketika pelancaran siri Huawei P10 pada Februari 2017, Siri Huawei P sudah mula menempah nama sebagai telefon pintar dengan teknologi fotografi yang terbaik dan pelancaran siri Huawei P10 adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.

Ternyata Huawei P10 tidak mengecewakan, tetapan dwi-kamera Leica (12MP RGB + 20MP monokrom) membolehkan kesan bokeh yang baik.

Ianya juga disertakan dengan mod kamera Pro yang membolehkan gambar disimpan dalam format RAW yang membolehkan lebih banyak pilihan untuk edit.

Huawei P20 Malaysia

HUAWEI P20: Dijana Dengan Teknologi AI

Pelancaran Siri Huawei P20 telah dilancarkan pada Mac 2018 dengan reputasi sebagai telefon pintar dengan fotografi dan reka bentuk yang unik. Siri Huawei P20 telah melakukan sesuatu yang diluar jangkauan dengan pujian menyeluruh sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik dipasaran.

Huawei P20 Pro menjadi telefon pintar pertama dengan tri-kamera manakala kamera selfie pula telah dinaik taraf ke sensor 24MP.

Siri Huawei P20 turut menawarkan 3x pengzooman optik dan 5x pengzooman hibrid yang didorong dengan pengunaan cipset AI Kirin 970.

Huawei P30 Malaysia

HUAWEI P30: Teknologi Moon-Mode

Huawei telah membawa kebolehan telefon pintar ke satu tahap yang lebih dengan pelancaran siri Huawei P30 di Paris, Perancis pada Mac 2019.

Dengan teknologi 50x Super Zoom, Huawei P30 Pro hadir dengan kebolehan mengambil gambar bulan dengan jelas.

Teknologi kamera periskop pada Huawei P30 Pro juga disertakan dengan satu sensor utama 40MP, 20MP sensor ultrawide, 8MP sensor telefoto dan satu sensor ToF yang turut dibantu oleh teknologi AI (Kirin 980).

Dengan tetapan kamera yang sangat berkuasa, Huawei P30 Pro merupakan satu-satunya telefon pintar dipasaran yang menawarkan 5x zoom optik, 10x zoom hibrid dan 50x zoom digital ketika itu.

Huawei P40 malaysia

HUAWEI P40: Memandang Ke Masa Hadapan

Huawei akan melancarkan siri Huawei P40 pada 26 Mac 2020 dengan tumpuan dunia terarah kepada pelancaran global ini.

Siri Huawei P40 akan menjadi satu lagi telefon pintar yang akan merevolusikan teknologi fotografi pada telefon pintar.

Nantikan pelancaran Siri Huawei P40 yang akan berlangsung pada jam 9 malam ini waktu Malaysia dan anda juga boleh menonton majlis pelancaran ini di YouTube/HuaweiMobile atau facebook.com/HuaweimobileMY

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.