Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo adakah penjualan kilat secara langsung setiap hari sehingga 31 Mac


Dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April, ianya pasti susah untuk duduk didalam rumah hampir sebulan namun ini lah pengorbanan yang kita harus lakukan demi kesejahteraan negara.

Untuk mengelakkan anda daripada keluar rumah, pembelian secara online adalah alternatif terbaik dan pembelian secara online kini tidak lagi mempunyai batasan.

vivo Malaysia juga telah mengumumkan kempen penjualan kilas vivo live stream dari 24 Mac hingga 31 Mac 2020.

Penjualan kilat ini bukan hanya akan dijalankan secara langsung di FB vivo Malaysia, ianya akan turut berlangsung di Shopee (Shopee Live) dan Lazada (Laz Live) mengikut slot waktu yang berbeza.

 Lebih menarik, kempen ini akan turut disertai 7 pakar teknologi untuk berkongsi spesfikasi dan tawaran menarik yang ditawarkan oleh vivo menerusi siaran langsung ini.

Ketika tempoh kempen ini berlangsung, semua penonton juga berpeluang untuk memenangi vivo S1, diskaun sehingga RM 100, 6 bulan waranti tambahan dan hadiah percuma yang menarik.

Maklumat Lanjut di Facebook vivo Malaysia atau laman web rasmi Vivo Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.