Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V19 telah melepasi ujian SIRIM


Vivo Malaysia telah mengesahkan bahawa vivo V19 telah melepasi ujian SIRIM yang menandakan pelancaran telefon pintar ini di Malaysia sudah semakin dekat.

Vivo V19 yang akan hadir dengan slogan ignite your night bakal membawakan kebolehan fotografi malam yang lebih selain reka bentuk panel belakang berasaskan gelas.

Buat masa ini tidak banyak yang diketahui memgenai telefon pintar ini namun ianya akan hadir dengan dua kamera selfie punch-hole selain  tetapan reka bentuk kamera-L yang sama seperti vivo V19 di Indonesia.

Pelancaran vivo V19 di Malaysia dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.