ULASAN : Honor Watch Magic 2 – jam pintar premium dengan pelbagai fungsi kecergasan
ULASAN : Honor Watch Magic 2 – jam pintar premium dengan pelbagai fungsi kecergasan
Pengenalan
Beralih kepada menggunakan jam pintar dari jam tradisional bukan lah semudah yang disangka dan ini adalah pengalaman peribadi saya sendiri.
Beberapa tahun lalu, ketika jam pintar dilihat masih baru dipasaran, kami telah menggunakan jam pintar ini sebagai kegunaan harian dan apa yang kami dapat lihat adalah, ianya tidak terlalu praktikal memandangkan jangka hayat bateri yang tidak tahan lama dan harus dicaj setiap hari.
Walaubagaimanapun dengan kematangan teknologi, jam pintar kini mampu menawarkan jangka hayat yang luar biasa dengan satu pengecasan mampu bertahan sehingga 7-8 hari malah ada yang tahan sehingga 14 hari.
Kami telah diberikan peluang untuk mencuba Honor MagicWatch 2 yang baru memasuki pasaran tempatan dan lebih menarik kami telah menerima varian Flax Brown yang hadir dengan tali jam kulit yang lebih premium namun dengan harga penjualan RM 749 sahaja (harga RM 50 lebih mahal berbanding versi biasa yang ditawarkan pada harga RM 699).
Reka Bentuk
Honor WatchMagic 2 hadir dengan reka bentuk yang dilihat mempunyai elemen yang diambil dari Huawei Watch GT 2.
Honor WatchMagic 2 terdiri daripada 2 elemen penting iaitu rangka dan tali yang mana ianya adalah biasa pada jam pintar.
Kami telah diberikan unit bersaiz 46mm dengan tali yang diperbuat daripada kulit berwarna coklat.
Saiz 46mm bermaksud anda menerima ukur lilit kepala jam yang lebih besar yang juga hadir dengan skrin yang besar selain kapasiti bateri yang besar.
Rangka jam didalam reka bentuk bulat ini adalah keluli dengan dua butang besar disisi untuk navigasi antaramuka jam pintar ini.
Ukuran dimensi Honor WatchMagic 2 saiz 46mm ini adalah 45.9 x 45.9 x 10.7mm dengan berat 41gram namun pemakaianya sepanjang hari adalah sangat selesa.
Bercakap mengenai tali jam, ianya dilihat diperbuat daripada kulit asli dan ianya juga mempunyai jahitan sepanjang tali jam ini.
Terdapat lubang yang membolehkan jam ini dipakai oleh semua orang tidak kira saiz tangan.
Skrin Paparan
Honor WatchMagic 2 hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.39” yang sangat terang dan berwarna pada pendapat kami.
Panel skrin juga menyokong fungsi ‘always-on’ namun ini menyebabkan jangka hayat bateri 50% lebih rendah dan juga menyahaktifkan fungsi ‘raise to wake’.
Jam pintar dengan perekod kecergasan yang menyeluruh.
Honor WatchMagic 2 hadir dengan satu bahagian kecergasan yang dikenali sebagai ‘workout’ yang mana ianya meliputi aktivit berlari, bersenam, mendaki, memanjat malah triathlon juga disenaraikan pada bahagian ini.
Walaupun sebagai jam pintar, Honor telah memberikan perhatian khas pada bahagian kecergasan dan ianya termasuk penawaran kalis air sehingga kedalaman 50m.
Ketika anda sibuk melakukan aktiviti, Honor WatchMagic 2 juga secara berterus merekod kadar degupan jantung anda selain jumlah kalori yang dibakar dan terdapat juga satu ciri yang boleh mengukur kadar tekanan atau ujian ‘stress test’.
Honor WatchMagic 2 juga boleh menjawab panggilan pada jam dan terdapat pembesar suara yang lantang untuk anda berbual terus pada jam namun ianya nampak sedikit janggal.
Selain itu, anda juga akan menerima notifikasi dari pelbagai aplikasi permesejan yang dimuat turun pada telefon pintar namun anda hanya diberikan pilihan untuk melihat sahaja dan perlu membalas mesej tersebut melalui telefon pintar anda.
Bateri
Honor WatchMagic 2 adalah satu jam yang mampu menawarkan jangka hayat bateri yang luar biasa iaitu dengan sentiasa dihubungkan kepada telefon pintar melalui sambungan Bluetooth.
Kami telah mengunakan Honor WatchMagic 2 secara berterusan sehingga 12-14 hari tanpa melakukan sebarang pengecasan iaitu pada keadaan dimana sambungan kepada telefon pintar adalah sekitar 90% daripada jumlah hari itu.
Dengan kapasiti bateri yang besar, Honor WatchMagic 2 dilihat mampu menawarkan sehingga 14 hari jangka hayat bateri namun jika anda melakukan lebih banyak aktiviti kecergasan, ianya mungkin tidak mampu bertahan untuk tempoh yang dijanjikan.
Untuk mengecas penuh Honor WatchMagic 2 ini, anda hanya memerlukan masa sekitar 1 jam 20 minit iaitu dari tahap 0 ke 100%.
Perekod tidur yang komprehensif
Honor WatchMagic 2 juga hadir dengan perekod tidur yang sangat komprehensif dengan membahagikan tidur anda kepada beberapa jenis tahap seperti Deep Sleep, Light Sleep REM Sleep dan juga kualiti pernafasan.
Kesemua ini adalah disokong dengan perisian Huawei TruSleep yang mampu merekod kesemua faktor penting ketika anda melelapkan mata (TruSleep hanya mampu menghasilkan data bagi waktu tidur melebihi 3 jam).
Penutup
Honor WatchMagic 2 adalah sebuah jam pintar yang meliputi pelbagai aspek kecergasan yang menjadikanya sebuah jam yang pasti menarik minat pengguna yang aktif mahupun pengguna yang lebih gemar memakaian kerana gaya dan reka bentuk yang elegan.
Secara peribadi pada harga RM 749, Honor WatchMagic 2 edisi Flax Brown adalah sesuatu yang patut anda miliki khusunya bagi pengguna Android namun harus kami tekankan disini bahawa ianya juga boleh digunakan bersama peranti iOS namun terdapat beberapa ciri yang mungkin hanya boleh dinikmati pada peranti Android atau Honor/Huawei.
Honor Malaysia kini menawarkan promosi menarik Hari Valentines dan terdapat pakej bundel pembelian Honor WatchMagic 2 pada harga yang lebih berpatutan.