Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo APEX 2020 akan hadir dengan teknologi pengecasan Super FlashCharge 120W

vivo apex 2020 super flascharge 120W
Vivo baru-baru ini telah mengumumkan bahawa telefon pintar APEX 2020 akan membuat penampilan global di sidang Mobile World Congress (MWC) 2020 yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol dari 23 Februari ini.

Siri telefon pintar APEX adalah siri yang memperlihatkan model telefon pintar konsep vivo yang hadir dengan teknologi terkini seperti reka bentuk tanpa bezel, nisbah skrin yang tinggi, kamera yang inovatif, kamera selfie pop-up dan banyak lagi.

Tahun ini nampaknya APEX 2020 akan memfokuskan kepada satu isu yang selalu menghantui pengguna telefon pintar iaitu bateri dan teknologi pengecasan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak teknologi pengecasan pantas telah diperkenalkan oleh pelbagai pengeluar telefon pintar dan ini termasuk vivo, namun vivo APEX akan membawa teknologi pengecasan pantas ini ke satu tahap yang jauh lebih tinggi.

Vivo super flashcharge 120W
vivo telah mengesahkan bahawa telefon pintar APEX 2020 akan hadir dengan teknologi pengecasan pantas Super FlashCharge 120W yang mampu mengecas penuh telefon pintar didalam masa 13 minit sahaja.

Selepas membuat penampilan di MWC bulan ini, vivo APEX 2020 dijangka akan memasuki pasaran lewat tahun ini dengan kemungkinan besar dibawah siri vivo NEX.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.