Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S10 Lite, Note 10 Lite , Galaxy A51 dan Galaxy A71 akan dibuka untuk pra-tempahan pada 3 Februari ini

Samsung Galaxy S10 Lite dan Note 10 Lite preorder malaysia
Samsung Mobile Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa pra-tempahan bagi Samsung Galaxy S10 Lite, Galaxy Note10 Lite, Galaxy A51 dan Galaxy A71 akan dibuka mulai 3 Februari ini dengan harga penjualan bermula dari RM 1,299.

Pelancaran Galaxy Note10 Lite dan dua model didalam siri Galaxy A iaitu A51 dan A71 adalah sesuatu yang diduga namun keputusan Samsung untuk menawarkan Galaxy S10 Lite adalah sesuatu yang pelik memandangkan pelancaran generasi Galaxy S yang baru akan berlangsung kurang 2 minggu sahaja lagi.

Samsung telah mengumumkan bahawa dengan membuat pra-tempahan yang akan dibuka dari 3 hingga 5 Februari ini, anda akan menerima pelbagai hadiah percuma tambahan yang telah kami senaraikan dibawah :

Samsung Galaxy S10 Lite dan Note 10 Lite Malaysia

Samsung Galaxy S10 Lite

Harga – RM 2,699

Warna – Prism Black, Prism White , Prism Blue

Hadiah Percuma – Samsung Galaxy Fit (RM 369)

Samsung Galaxy Note10 Lite

Harga – RM 2,299

Warna – Aura Glow, Aura Black , Aura Red

Hadiah Percuma – Samsung Galaxy Fit (RM 369)

Samsung Galaxy A51 dan Galaxy A71 Malaysia

Samsung Galaxy A51

Harga – RM 1,299

Warna – Prism Crush Black, Prism Crush White , Prism Crush Blue

Hadiah Percuma – Samsung Protection Plus (RM119)

Samsung Galaxy A71

Harga – RM 1,799

Warna – Prism Crush Black, Prism Crush Silver , Prism Crush Blue

Hadiah Percuma – Samsung Protection Plus (RM185)

Pra – tempahan bagi kesemua model ini boleh dibuat di > Samsung Mobile (Mulai 3 Februari 2020)

Penjualan rasmi akan bermula pada 7 Februari 2010.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.