Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 5i dan realme Buds Air kini rasmi di Malaysia


Selepas diperkatakan sejak bermulanya dekad 2020, realme secara rasminya telah melancarkan realme 5i dan realme Buds Air ke pasaran Malaysia sebentar tadi.

realme 5i secara asasnya adalah realme 5 yang memiliki reka bentuk panel belakang yang baru selain kamera selfie 8MP.

Selain daripada itu, realme 5i ini memiliki skrin paparan minidrop HD+ berukuran 6.5 inci yang menawarkan nisbah skrin kepada rangka 89%, pemproses Snapdragon 665AIE dan bateri berkapasiti 5,000mAh yang kini turut mempunyai fungsi pengecasan berbalik atau dalam bahasa mudah sebagai Powerbank.

realme 5i mengekalkan pengunaan tetapan quad kamera yang sama seperti pada realme 5 iaitu sensor utama 12MP f/1.8, sensor kanta lebar 8MP, sensor makro dan depth 2MP.

realme 5i juga membawakan mod malam Nightscape 2.0 dan pengstabilan video.

realme 5i malaysia

Bercakap mengenai panel belakang realme 5i ini, ianya adalah reka bentuk yang baru dengan nama ‘Sunrise Design’ dan ianya mempunyai corak beralun dalam kemasan matte dan tidak menjadi magnet capjari.

realme 5i akan ditawarkan dengan 4GB RAM dan storan dalaman 64GB selain sokongan tri-slot (2 SIM + 1 microSD).

realme 5i akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green dengan harga penjualan RM 599 sahaja.

Penjualan offline akan bermula mulai 18 Januari ini manakala penjualan online di Lazada akan bermula pada 28 Januari 2020.

Selain realme 5i, realme juga telah memperkenalkan realme Buds Air kepasaran tempatan dengan harga penjualan RM 299.

realme Buds Air adalah klon kepada Apple AirPods namun pada harga yang jauh lebih murah.

realme Buds Air hadir dengan teknologi pengecasan tanpa wayar yang menawarkan sehingga 17 jam pendengaran muzik, Dynamic Bass Boost Driver 12mm, dan wear detection yang membolehkan realme Buds Air ini mengesan samaada earbuds ini dipakai ataupun tidak.

realme Buds Air juga hadir dengan sambungan Open-up auto connection, dua mikrofon untuk panggilan dan sokongan ENC (Environment Noise Cancellation ).

realme Buds Air akan hadir didalam satu pilihan warna iaitu putih dengan penjualan secara eksklusif di Shopee  mulai 21 Januari 2020.

Pada 21 Januari, realme akan mengadakan penjualan istimewa pertama tepat pada 12 tengah malam pada harga penjualan RM 199 sahaja.

*warna kuning dan hitam akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.