Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Y15 2020 kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 599 sahaja

vivo Y15 2020
Walaupun baru melancarkan vivo V17 minggu lalu, tirai pelancaran telefon pintar bagi tahun 2019 dilihat masih belum selesai bagi vivo.

vivo kini telah mengumumkan bahawa vivo Y15 2020 kini telah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 599 sahaja.

vivo Y15 hadir dengan skrin paparan Halo FullView berukuran 6.35-inci, pemproses Helio P22, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri gergasi 5,000mAh

vivo Y15 2020 hadir dengan kamera selfie 16MP manakala kamera belakang adalah tetapan tiga kamera iaitu sensor utama 13MP + sensor kanta lebar 8MP + sensor depth 2MP.

vivo Y15 2020 hadir didalam dua pilihan warna iaitu warna phantom black dan burgundy red dan pembelian kini boleh dilakukan di vivo online store, Lazada dan Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.