Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Tronsmart Spunky Beat – earbuds tanpa wayar untuk semua

ULASAN : Tronsmart Spunky Beat - earbuds tanpa wayar untuk semua 1

Tronsmart Spunky Beat Review Malaysia
ketika baru memasuki pasaran earbuds tanpa wayar mungkin dianggap satu aksesori mewah yang mempunyai tag harga ratusan ringgit.

Walaubagaimanapun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, earbuds tanpa wayar kini sudah boleh dianggap sebagai satu aksesori telsfon pintar yang boleh dimiliki semua.

Sebab utama perkara ini menjadi kenyataan adalah dengan usaha daripada syarikat seperti Tronsmart yang menawarkan peranti audio dan pelbagai peranti sampingan telefon pintar pada harga yang amat berpatutan.

Tronsmart Spunky Beats adalah produk yang kami akan perkatakan di sini dan ianya kini telah memasuki pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 129 sahaja.

Tronsmart Spunky Beat Malaysia

Apa yang anda dapat didalam kotak pembelian Tronsmart Spunky Beats?

Tronsmart Spunky Beat Malaysia

  • Sepasang earbuds tanpa wayar
  • Bekas pengecasan
  • Kable USB-C
  • Eartips saiz kecil, sederhana dan besar
  • Kad waranti
  • Buku manual pengunaan – pelbagai bahasa

Tronsmart Spunky Beat

Sebelum menggunakan Tronsmart Spunky Beats ini buat kali pertama, pastikan anda memasukkan kedua-dua earbuds ini kedalam bekas pengecasan dan lakukan pengecasan penuh.

ULASAN : Tronsmart Spunky Beat - earbuds tanpa wayar untuk semua 2

Penyambungan ke telefon pintar

Untuk melakukan pairing kepada telefon pintar anda, anda harus mengeluarkan kedua belah earbuds secara serentak dan letakkan sebentar, ini akan membolehkan kedua earbud ini disambungkan kepada satu sama lain untuk mod stereo.

ULASAN : Tronsmart Spunky Beat - earbuds tanpa wayar untuk semua 3

Jika ‘pairing’ antara kedua earbuds berjaya, lampu pada earbud kanan akan terpadam manakala pada earbud kiri akan berkelip lampu warna dan biru.

Selepas itu, buka tetapan Bluetooth pada telefon pintar anda dan cari ‘Tronsmart Spunky Beat’ untuk melakukan pair.

*pastikan hanya satu peranti Tronsmart Spunky Beat ada pada senarai peranti Bluetooth (kalau ada dua maksudnya pairing stereo tidak menjadi).

Tontoni video bagaimana untuk melakukan pairing buat kali pertama dibawah :

Tronsmart Spunky Beat Malaysia

Reka bentuk

Tronsmart Spunky Beat hadir dengan reka bentuk yang minimalistik iaitu didalam warna hitam dengan eartips getah yang anjal, ini membolehkan pengunaan Tronsmart Spunky Beat ini adalah selesa dan jika itu tidak memadai, Tronsmart menawarkan anda pilihan tiga saiz eartips yang boleh anda gunakan mengikut keselesaan anda.

ULASAN : Tronsmart Spunky Beat - earbuds tanpa wayar untuk semua 4

Tronsmart Spunky Beat juga hadir dengan pensijilan IPX5 yang menjanjikan ianya dilindungi dari peluh, percikan air dan juga hujan.

Sebagai peranti tanpa wayar sebenar, Tronsmart Spunky Beat memang tidak mempunyai sebarang wayar dan ianya disertakan dengan cip Qualcomm yang menjanjikan prestasi yang konsisten dan pendengaran muzik ‘lossless’.

Tronsmart Spunky Beat juga hadir dengan aptX yang menawarkan kualiti audio lossless dan mengekalkan bunyi seperti yang asal.

Tronsmart Spunky Beat menyokong format audio AAC dan SBC yang membolehkan anda menikmati pengalaman audio berkualiti tinggi tidak kira ianya digunakan bersama peranti Android mahupun iOS.

ULASAN : Tronsmart Spunky Beat - earbuds tanpa wayar untuk semua 5

Kualiti audio

Walaupun bukan satu peranti audio yang mahal, Tronsmart Spunky Beat berjaya memberikan kualiti pemain audio yang konsisten seperti dimainkan dari CD (zaman bila tu pakai CD).

Ketika memainkan video dari YouTube, anda mungkin akan perasaan sedikit kelewatan audio berbanding visual iaitu sekitar 0.5 saat namun ianya bukanlah isu besar untuk kami pertekankan sangat.

Kelantangan penuh Tronsmart Spunky Beat ini bukanlah sesuatu yang tinggi namun ianya memadai.

Selain itu, teknologi Qualcomm cVc 8.0 dan DSP berkerjasama secara sempurna untuk menawarkan penstriman muzik berkualiti tinggi serta kualiti panggilan yang jelas.

Jika anda ingin menggunakan sebagai alat untuk menjawab panggilan sahaja, anda menmpunya pilihan  untuk menggunakan satu earbud Tronsmart Spunky Beat sahaja (mono).

ULASAN : Tronsmart Spunky Beat - earbuds tanpa wayar untuk semua 6

Alat kawalan muzik terus di earbud

Tronsmart Spunky Beat menawarkan kawalan audio 100% tanpa menggunakan telefon pintar.

Berikut adalah antara kawalan sesentuh untuk peranti audio Tronsmart ini :

  • Tekan earbud kiri selama 2 saat untuk memainkan trek sebelumnya
  • Tekan earbud kanan selama 2 saat untuk memainkan trek seterusnya
  • Sentuh 3 kali untuk naikkan kelantangan bunyi (earbud kiri)
  • Sentuh 3 kali untuk kurangkan kelantangan bunyi (earbud kanan)
  • Sentuh sekali untuk mainkan atau hentikan muzik (salah satu earbud)
  • Jika anda panggilan, tekan sekali untuk menjawab panggilan ( salah satu earbud) tekan dua kali untuk menolak panggilan (salah satu earbud)
  • Tekan selama 2 kali untuk mengaktifkan bantuan suara Google Assistant bagi peranti Android atau Siri bagi peranti iOS. Cortana bagi peranti Microsoft juga disokong.

ULASAN : Tronsmart Spunky Beat - earbuds tanpa wayar untuk semua 7

Jangka hayat bateri dan pengecasan

Tronsmart Spunky Beat menjanjikan pendengaran muzik tanpa henti selama 7 jam tanpa henti iaitu pada kadar 50% namun dengan bekas pengecasan yang disertakan tanpa sebarang kos tambahan, anda boleh mendengar muzik selama 24 jam.

Walaubagaimanapun kami merasakan tahap 70% adalah sesuatu yang lebih sesuai untuk pengguna dan ini mungkin menyebabkan jangka hayat bateri sedikit rendah secara keseluruhanya.

ULASAN : Tronsmart Spunky Beat - earbuds tanpa wayar untuk semua 8

Bercakap mengenai pengecasan, Tronsmart Spunky Beat ini menawarkan dua cara pengecasan namun kedua-duanya adalah menggunakan wayar.

ULASAN : Tronsmart Spunky Beat - earbuds tanpa wayar untuk semua 9

Jika anda lihat dibawah kotak pengecasan Tronsmart Spunky Beat, anda dapat melihat keunikan reka bentuk wayar yang disertakan Tronsmart. Ini adalah solusi mudah dan ini juga memastikan anda tidak perlu sentiasa membawa wayar berasingan ketika ‘outstation’.

Selain itu, anda juga boleh mengecas menggunakan kabel USB-A ke USB-C yang disertakan dan terdapat lampu indikasi pada bekas pengecasan ini.

Pengecasan earbud mengambil masa 50 minit sahaja manakal bekas pengecasan mengambil masa 2 jam untuk dicas penuh dan tidak dapat dipastikan samada terdapat perbezaan tempoh pengecasan apabila menggunakan kabel USB-A ataupun USB-C.

Jika anda berada didalam keadaan tergesa-gesa pengecasan pantas selama 5 minit membolehkan anda menikmati muzik selama 60 saat.

ULASAN : Tronsmart Spunky Beat - earbuds tanpa wayar untuk semua 10

Adakah Tronsmart Spunky Beat sesuatu yang patut anda miliki?

Pada harga RM 129, Tronsmart Spunky Beat adalah satu peranti audio yang akan diminati ramai dan pada pendapat kami, ianya memberikan anda ‘value for money’.

ULASAN : Tronsmart Spunky Beat - earbuds tanpa wayar untuk semua 11
Lebih menarik sempena penjualan istimewa 11.11 ini, anda boleh mendapatkan Tronsmart Spunky Beat pada harga RM 119 sahaja ketika promosi ‘Shocking Sale Shopee’.

Dapatkan Tronsmart Spunky Beat di  Shopee dan Lazada – penjualan bermula tengah malam ini

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.