Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V17 Pro dikatakan akan dijual di Malaysia pada harga RM 1,758

Vivo V17 Pro Price in Malaysia RM 1,758

Vivo V17 Pro akan memasuki pasaran Malaysia pada 1 Oktober ini dan kini terdapat satu laporan yang mendedahkan harga penjualan telefon pintar terbaru Vivo dengan 6 kamera ini.

Vivo V17 Pro dikatakan akan ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga sekitar RM 1,758 yang mana bagi kami ianya adalah satu harga yang amat berpatutan.

Terus kepada spesifikasi, Vivo V17 Pro dijangka akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.44-inci, sensor capjari terbina didalam skrin, pemproses Snapdragon 675, 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Tetapan kamera Vivo V17 Pro adalah sesuatu yang pasti akan mencuri tumpuan kerana telefon pintar ini akan hadir dengan tetapan dwi-kamera selfie pop-up dengan resolusi sensor 32MP + 2MP.

Kamera belakang Vivo V17 adalah tetapan quad-kamera dengan sensor utama 48MP + sensor lensar lebar 8MP + lensa makro 2MP dan lensa kedalaman 2MP.

Vivo V17 Pro juga akan memiliki bateri berkapasiti 4,100mAh dengan pengecasan pantas.

Untuk maklumat harga dan spesifikasi rasmi di Malaysia, kita hanya perlu menanti 4 hari sahaja lagi kerana pelancaran akan berlangsung pada hari Selasa hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.