Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iOS 13 kini ditawarkan kepada pengguna iPhone SE dan ke atas

Apple iOS 13 Malaysia Update

Kemaskini sistem operasi iOS 13 kini telah mula ditawarkan kepada pengguna termasuk bagi kita di Malaysia.

Apple iOS 13 adalah satu kemaskini sistem operasi yang membawakan pelbagai ciri baru termasuk Dark Mode, aplikasi foto yang telah ditambah baik, FaceID yang 30% lebih pantas, kebolehan merahsiakan identiti dengan Sign With Apple, aplikasi Maps yang lebih teliti dengan fungsi seperti Google Streetview, saiz aplikasi yang lebih kecil dan banyak lagi.

Apple iOS 13 Malaysia

  • Apple iPhone 11
  • Apple iPhone 11 Pro
  • Apple iPhone 11 Pro Max
  • Apple iPhone XS
  • Apple iPhone XS Max
  • Apple iPhone XR
  • Apple iPhone X
  • Apple iPhone 8
  • Apple iPhone 8 Plus
  • Apple iPhone 7
  • Apple iPhone 7 Plus
  • Apple iPhone 6s
  • Apple iPhone 6s Plus
  • Apple iPhone SE
  • Apple iPod touch ( generasi ke-7)

Sebelum melakukan kemaskini, anda disarankan supaya melakukan ‘backup’ kesemua data dan fail anda.

Saiz kemaskini adalah sekitar 2.0GB dan pastikan anda dihubungkan pada sambungan Wi-Fi dan mempunyai kapasiti bateri yang melebihi 70%.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.