Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo umumkan perkhimatan baiki telefon pintar express 1-jam secara percuma

Oppo 1 hour flash fix service

Oppo Malaysia telah mengumumkan perkhimatan servis telefon pintar ekspress didalam masa 1 jam.

Ini adalah usaha berterusan Oppo untuk menawarkan perkhimatan selepas jualan yang lebih baik.

Dengan perkhimatan ekspress ini, pemilik telefon pintar Oppo kini akan diperiksa dan dibaiki oleh jurubaiki terlatih Oppo secara percuma dalam masa 60 minit sahaja.

Perkhimatan pembaikan telefon pintar expres didalam masa satu jam ini akan dilakukan tanpa sebarang kos tambahan ( bagi yang masih mempunyai waranti) kecuali ianya memerlukan penggantian komponen dalaman.

Jika telefon pintar Oppo anda tidak dibaiki didalam masa satu jam, Oppo akan menawarkan pengguna hadiah percuma seperti kabel Type-C Oppo, set kepala Oppo, lampu suluh, bantal kereta, bantal angin dan botol besi tahan karat ( bergantung kepada stok).

Perkhimatan Oppo 1-Hour Flash Fix ini kini ditawarkan di beberapa pusat servis Oppo dan Oppo juga sedang berusaha untuk menawarkan perkhimatan ekspress ini dilebih baik lokasi seluruh negara.

Berikut adalah senarai pusat servis yang menawarkan perkhimatan ekspres 1-jam :

Cawangan

Alamat

Nombor Telefon

Waktu Operasi

Kuala Lumpur OPPO service centre

Lot 1.35 C & D, Tingkat 1, Podium Block Plaza Berjaya, 12, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur

03-21103448

10.00 pagi – 7.00 malam

Kuching OPPO service centre

Tingkat G , Parcel No.B1.1, Lot 3338, The Laksamana Commercial, Jalan Laksamana Cheng Ho, 93350 Kuching, Sarawak.

082-549790

9.00 pagi – 6.00 petang

Kota Bharu OPPO service centre

S/27, PT 758, Tingkat G, Jalan Sri Cemerlang, 15300 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

09-7405002

9.00 pagi – 6.00petang

Johor Bharu (ULU TIRAM) OPPO service centre

80, Jalan Gaya 1, Taman Gaya, 81800 Ulu Tiram, Johor

07-8620198

9.00 pagi – 6 petang

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.