Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme Malaysia kini telah membuka dua lagi stor di Lembah Klang

Realme Logo

Realme Malaysia kini telah membuka dua lagi stor di Lembah Klang

Realme Malaysia telah membuka dua lagi stor imej di Lembah Klang menjadikan jumlah keseluruhan stor fizikal Realme kepada tiga.

Pembukaan stor kedua dan ketiga ini tiba selepas beberapa minggu lalu Realme mengumumkan slogan baru ‘Dare To Leap’ selain harga baru Realme 3 Pro bagi versi 6/128GB iaitu RM 999 sahaja.

Realme 3 Pro Malaysia

Dua stor imej yang dibuka oleh Realme Malaysia ini membolehkan bakal pembeli peluang mencuba sendiri telefon pintar Realme ini sebelum membuat pembelian.

Stor imej kedua Realme ini telah dibuka di Metro Kajang manakala stor imej yang ketiga telah dibuka di pusat membeli belah IOI Mall Puchong.

Berikut adalah alamat lengkap stor Realme yang terbaru :

Realme Image Store Malaysia

Stor Realme Malaysia ke-2  Lot 7&8 LG , Plaza Metro Kajang, 43000 Kajang, Selangor

Realme Malaysia

Stor Realme Malaysia ke-3  SK-05, Tingkat 2, IOI Mall Puchong Batu 9, Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya 47170 Puchong.

Tahniah diucapkan kepada Realme dengan pembukaan dua lagi stor imej di Lembah Klang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.