Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10 Pro dijangka akan dilancarkan pada 7 Ogos 2019

samsung galaxy note 10

Sebelum ini terdapat laporan bahawa Samsung akan melancarkan Galaxy Note10 pada 10 Ogos 2019 namun menurut sumber terdekat dengan perancangan Samsung menyangkal laporan ini.

CNET melaporkan bahawa Samsung Galaxy Note 10 akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Ogos 2019 dan ianya akan dilancarkan di Barclays Centre, New York iaitu lokasi sama pelancaran Samsung Galaxy Note9 tahun lalu.

Selain itu, Samsung juga nampaknya akan melancarkan dua model Galaxy Note10 pada 7 Ogos ini iaitu Galaxy Note10 dan Galaxy Note10 Pro dengan perbezaan antara kedua-dua peranti ini mungkin dari segi saiz skrin, kamera dan bateri sahaja.

Samsung Galaxy Note 10 dan Note 10 Pro ini akan hadir dengan reka bentuk skrin hole-punch dibahagian tengah dan tidak akan mempunyai bicu audio 3.5mm.

Jika tarikh ini tepat, kita hanya mempunyai kira-kira satu setengah bulan sebelum Galaxy Note10 yang baru tiba ke pasaran.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.