Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo Malaysia Berganding Dengan Pin Prestige Untuk Satu Penggambaran Eksklusif Yang Menampilkan Vivo V15 Pro

Vivo Malaysia telah berganding bahu dengan jenama fesyen mewah dan majalah gaya hidup terkemuka iaitu Pin Prestige didalam satu penggambaran fesyen yang menampilkan Vivo V15 Pro.

Penggambaran ini juga selari dengan kempen Vivo’s Light Up Your Night yang memfokusjan kepada pengambilan gambar waktu malam yang bergaya.

Penggambaran ini telah dipersembahkan oleh Vivo Malaysia dengan gandingan pasukan dari Pin Prestige yang memfokuskan kepada fungsi-fungsi Vivo V15 Pro terutamanya selfie pop-up kamera 32MP yang pertama didunia dan bagaimana Vivo berjaya menggabungkan gaya dan teknologi untuk menghasilkan telefon pintar fesyenista terbaik dipasaran.

Mengulas mengenai perkara ini, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xiu berkata bahawa Vivo sentiasa mengatasi sempadan bagi memenuhi permintaan pengguna. “Kami sentiasa menginovasi diri untuk menawarkan fungsi dan reka bentuk yang terbaik dan Vivo V15 Pro adalah puncak kepada inovasi Vivo ini”.

Pengguna boleh mengambil gambar gred profesional melalui Vivo V15 Pro khususnya dengan sensor kamera Quad Pixel Sensor 48MP yang digandingkan dengan sensor lensa lebar 8MP dan sensor kedalaman 5MP.

Teknologi kamera “four-in-one pixel” pada sensor utama yang menggabungkan 4 piksel menjadi satu piksel yang besar untuk memberikan pengguna satu gambar akhir yang berkualiti tinggi walaupun pada waktu malam.

Kamera lensa lebar AI Vivo V15 Pro juga mampu mengambil gambar sehingga 120 darjah.

Vivo V15 Pro juga hadir dengan teknologi fotografi AI yang diwarisi dari Vivo V11 seperti AI Face Beauty dan AI Potrait Framing. AI Super Night Mode pula membolehkan anda mengambil gambar waktu malam yang lebih jelas dan kurang gegaran tanpa pengunaan kamera DSLR atau tripod.

Mod AI Super Night yang dimiliki oleh Vivo V15 Pro mengambil beberapa gambar pada tahap pendedahan cahaya yanh berbeza sebelum menggabungkan kesemua gambar ini menjadi satu gambar dengan kecerahan dan keterangan yang terbaik.

Skrin paparan Ultra FullView yang dimiliki oleh Vivo V15 Pro adalah panel AMOLED berukuran 6.39-inci dengan nisbah skrin kepada badan 91.64%.

Vivo V15 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan serendah RM 1,699 bagi versi 6GB RAM dan RM 1,899 bagi versi 8GB RAM.

lihat semua gambar dari penggambaran ini di sini : http://bit.ly/VivoPinPrestige

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.