Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 9T akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Jun 2019

Xiaomi Mi 9T akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Jun 2019 1

Xiaomi Mi 9T akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Jun 2019 2

Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa Mi 9T akan dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 20 Jun ini.

Mi 9T merupakan model antarabangsa bagi Redmi K20 dan terdapat juga kemungkinan Mi 9T Pro juga diperkenalkan yang mana ianya adalah Redmi K20 Pro.

Mi 9 atau Redmi K20 akan hadir dengan panel skrin OLED berukuran 6.39-inci yang memiliki resolusi FHD+ dan sensor capjari terbina pada skrin.

Mi 9T dijangka hadir dengan Snapdragon 730 yang merupakan telefon pintar kedua untuk hadir pemproses 8nm manakala Redmi K20 Pro pula hadir dengan pemproses Snapdragon 855,6GB RAM dan dua pilihan memori dalaman iaitu 64GB atau 128GB.

Bercakap mengenai kamera, Mi 9T akan memiliki kamera 48MP Sony IMX586, sensor kanta lebar 13MP dan sensor telefoto 8MP. Kamera ini juga membawakan rakaman video gerak perlahan 960fps.

Kamera selfie Mi 9T adalah unit kamera AI 20MP dengan mekanisma kamera terangkat.

Xiaomi Mi 9T juga dijangka hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut mempunyai sokongan pengecasan pantas 18W.

Maklumat harga penjualan Xiaomi Mi 9T ini masih belum diumumkan namun ianya akan ditawarkan pada harga penjualan yang amat kompetitif.

Info selanjutnya sila melayari Xiaomi Facebook

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.