Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan Vivo Y91C pada harga RM 1 dengan mana-mana pelan Maxis One

Syarikat telekomunikasi terkemuka Malaysia, Maxis telah mengumumkan bahawa anda boleh memiliki Vivo Y91C pda harga RM 1 dengan melanggan mana-mana pelan pascabayar Maxis One.

Vivo Y91C adalah model terbaru didalam siri Y Vivo dan ianya hadir dengan skrin paparan water drop berukuran 6.22-inci dengan nisbah skrin kepada badan 88.6% yang mempunyai reka bentuk berkilau dengan warna gradiasi dan sisi melengkung 3D.

Vivo Y91C ini hadir dengan pemproses MediaTek MT6762R, 2GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,030mAh.

Selain itu, Vivo Y91C juga memiliki kamera belakang 13MP, kamera selfie 5MP yang turut hadir dengan sokongan penggambaran AI.

Vivo V91C juga hadir dengan Bluetooth 5.0, FunTouch OS 4.5 berasaskan Android 8.1 Oreo dan sokongan Dwi-SIM.

Terdapat 4 pelan MaxisOne yang anda boleh pilih iaitu Maxis One98, Maxis One128, Maxis One158 dan Maxis One188.

Harga penjualan Vivo Y91C adalah RM 499.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.