Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P30 dan Huawei P30 Pro diumumkan secara rasmi dengan teknologi zoom persikop terbaik didunia

Huawei P30 dan Huawei P30 Pro diumumkan secara rasmi dengan teknologi zoom persikop terbaik didunia 1

Huawei secara rasminya telah melancarkan siri Huawei P30 yang mana ianya di wakili oleh Huawei P30 dan Huawei P30 Pro.

Huawei P30 dan Huawei P30 Pro diumumkan secara rasmi dengan teknologi zoom persikop terbaik didunia 2

Huawei P30 hadir dengan reka bentuk panel belakang yang melengkung manakala Huawei P30 Pro pula memiliki panel hadapan dan belakang yang melengkung.

Secara tradisinya siri Huawei P memang terkenal dengan penawaran teknologi kamera yang pertama kali digunakan pada telefon pintar dan Huawei P30 Pro menjadi lambang kepada kemajuan pesat fotografi pada telefon pintar.

Huawei P30

Huawei P30 dan Huawei P30 Pro diumumkan secara rasmi dengan teknologi zoom persikop terbaik didunia 3

Bercakap mengenai Huawei P30, ianya akan hadir dengan skrin paparan dewdrop OLED 1080+ berukuran 6.1-inci dengan resolusi 2340 x 1080p , pemproses Kirin 980, 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Huawei P30 dan Huawei P30 Pro diumumkan secara rasmi dengan teknologi zoom persikop terbaik didunia 4

Huawei P30 akan hadir dengan tetapan tiga kamera Leica iaitu satu sensor utama RYYB SuperSensing 40MP f/2.4 , satu sensor lensa lebar ultra 16MP f/2.2 dan sensor telefoto 8MP. Kamera selfie Huawei P30 adalah 32 MP yang turut ditawarkan dengan AI HDR+

Huawei P30 juga hadir dengan teknologi zoom optical 3x, zoom hibrid 5x dan zoom digital 10x yang mengagumkan.

Huawei P30 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,650mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas Huawei SuperCharge.

Huawei P30 dan Huawei P30 Pro diumumkan secara rasmi dengan teknologi zoom persikop terbaik didunia 5

Huawei P30 akan hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin generasi baru yang 30% lebih pantas, teknologi penyejukan graphene dan pensijilan IP53

Huawei P30 Pro

Huawei P30 dan Huawei P30 Pro diumumkan secara rasmi dengan teknologi zoom persikop terbaik didunia 6

Huawei P30 Pro akan hadir dengan skrin paparan OLED FHD+ melengkung berukuran 6.47-inci dengan resolusi 2340 x 1080 , pemproses Kirin 980, 8GB RAM dan 256GB/512 memori dalaman dan sistem bunyi stereo menggunakan panel skrin ( acoustic).

Huawei P30 dan Huawei P30 Pro diumumkan secara rasmi dengan teknologi zoom persikop terbaik didunia 7

Huawei P30 Pro hadir dengan teknologi quad kamera Leica yang mana terdapat 4 sensor kamera Leica pada panel belakang telefon pintar ini. ianya adalah sensorĀ  RYYB SuperSensing utama 40 MP f/1.6, sensor ultra lebar 20MP f2.2 , sensor telefon 8MP 5x zoom dan sensor ToF. Kamera selfie adalah sama seperti P30 iaitu 32MP f/2.0 dengan AI HDR+.

Huawei P30 dan Huawei P30 Pro diumumkan secara rasmi dengan teknologi zoom persikop terbaik didunia 8

Huawei P30 Pro hadir dengan teknologi SuperZoom periskop yang menawarkan 5x pengzooman optik, 10x pengzooman hibrid dan 50x pengzoom digital.

Huawei P30 Pro juga hadir dengan pengstabilan Dual-OIS, AIS, fotografi AI Video, AI HDR+, video low light SuperSensing dan rakaman video Dual-View menggunakan dua sensor kamera belakang.

Huawei P30 dan Huawei P30 Pro diumumkan secara rasmi dengan teknologi zoom persikop terbaik didunia 9

Huawei P30 Pro telah mendapat mata tertinggi DxOMark iaitu 112 mata yang meletakkanya di hadapan dua telefon pintar Huawei sebelum ini iaitu Mate 20 Pro dan P20 Pro.

Huawei P30 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,200 mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas Huawei SuperCharge 2.0 dengan output 40W .

Huawei P30 dan Huawei P30 Pro diumumkan secara rasmi dengan teknologi zoom persikop terbaik didunia 10 Huawei P30 dan Huawei P30 Pro diumumkan secara rasmi dengan teknologi zoom persikop terbaik didunia 11

Eksklusif bagi P30 Pro adalah teknologi pengecasan pantas tanpa wayar 15W dan pengecasan terbalik tanpa wayar ( reverse charging).

Huawei P30 dan Huawei P3o Pro hadir dengan sokongan dwi-SIM dan kad memori NM card, EMUI 9.1 dengan Android 9.o Pie, Huawei Share OneHop (P30 Pro sahaja), bicu audio 3.5mm (P30 sahaja) dan slot USB-C.

*lebih banyak maklumat akan dikemaskini dan mungkin terdapat kesilapan maklumat yang akan kami kemaskini dari semasa ke semasa

spesifikasi lengkap Huawei P30 dan Huawei P30 Pro

Huawei P30 dan Huawei P30 Pro diumumkan secara rasmi dengan teknologi zoom persikop terbaik didunia 12

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.