Xiaomi Redmi Note 7 dengan kamera 48MP+5MP dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 679 sahaja
Selepas mendapat sambutan yang menggalakan di pasaran China, Redmi Note 7 akhirnya telah tiba ke pasaran Malaysia dengan reputasi sebagai antara telefon pintar mampu milik terbaik dipasaran.
Redmi Note 7 merupakan model pertama Redmi selepas menjadi satu jenama berasingan daripada syarikat Xiaomi namun Redmi masih dimiliki oleh Xiaomi.
Redmi Note 7 ini hadir dengan sensor kamera 48MP ISOCELL Bright GM1 yang dilihat sebagai antara kelebihan yang dimiliki telefon pintar ini.
Redmi Note 7 ini juga hadir dengan skrin paparan waterdrop berukuran 6.3-inci, ianya adalah panel LCD yang memiliki resolusi FHD+ dengan nisbah skrin kepada rangka 84%.
Selain itu, Redmi Note 7 juga hadir dengan pemproses kelas pertengahan Snapdragon 660 berkelajuan 2.2GHz, tiga konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 3GB/32GB, 4GB/64GB dan 4GB/128GB.
Redmi Note 7 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 4 melalui slot USB-C. Ianya hadir dengan plak pengecasan 5V/2A.
Tarikan terbesar Redmi Note 7 ini adalah sensor kamera 48MP ini, ianya hadir dengan teknologi Quad-Bayer yang membolehkan penghasilan imej 12MP dengan 1.6 μm piksel dan real-time HDR.
Sensor ini turut dipadankan dengan satu unit kamera 5MP yang dikhususkan untuk tugas AI dan Portrait manakala kamera swafoto adalah unit 13MP.
Redmi Note 7 ini dijangka akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu biru, hitam dan merah.
Ketika pelancaran Redmi Note 7, Xiaomi juga telah mengumumkan pelantikan Aeril Zafrel sebagai duta rasmi Redmi Note 7 di Malaysia.
Berikut adalah harga penjualan Redmi Note 7 di Malaysia dan ianya hadir dengan jaminan waranti selama 18-bulan.
Redmi Note 7 3GB+32GB – RM 679 (eksklusif di Lazada pada 27 Mac).
Redmi Note 7 4GB+64GB – RM 799
Redmi Note 7 4GB+128GB – RM 949
Redmi Note 7