Vivo X27 dan X27 Pro akan dilancarkan pada 19 Mac ini
Selepas baru sahaja memperkenalkan Vivo V15 Pro ke pasaran Malaysia, Vivo nampaknya kini sudah bersiap sedia untuk melancarkan satu lagi telefon pintar dengan kamera selfie terangkat namun ianya akan dilancarkan di pasaran China terlebih dahulu.
Vivo X27 akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Mac ini dan reka bentuk telefon pintar ini dilihat lebih kurang sama seperti Vivo V15 Pro namun modul pop-up selfie X27 kelihatan lebih lebar.
Vivo X27 akan hadir dengan pemproses Snapdragon 675, 8GB RAM, 128GB memori dalaman, sensor capjari dibelakang, kamera selfie 16MP dan skrin paparan FHD+.
Vivo X27 Pro pula dijangka hadir dengan pemproses Snapdragon 710, 8GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman, sensor capjari ultrasonik, kamera selfie 32MP dan skrin paparan FHD+ namun menggunakan panel AMOLED.
Selain itu, kedua-dua model X27 dan X27 Pro akan hadir dengan tetapan kamera 48MP+13MP+5MP.
Maklumat spesifikasi lengkap kedua-dua telefon pintar ini akan kami laporkan pada 19 Mac kelak.