harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Mix 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 12 Januari ini

Xiaomi Mi Mix 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 12 Januari ini 1

Xiaomi Mi Mix 3 yang dilancarkan Oktober tahun lalu kini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 12 Januari ini.

Bercakap mengenai Xiaomi Mi Mix 3, ianya hadir dengan skrin paparan AMOLED gergasi berukuran 6.4-inci yang memberikan resolusi FHD+ dengan nisbah skrin kepada badan 93.4%.

Xiaomi Mi Mix 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 12 Januari ini 2

Xiaomi Mi Mix 3 juga hadir dengan teknologi kamera slider yang mana ianya mempunyai modus operasi yang sama seperti kamera Oppo Find X namun Xiaomi menggunakannya pada kamera hadapan.

honor20Pro_malaysia_mobilefokus

Ianya adalah teknologi dwi-kamera 24MP + 2MP dimana sensor kamera utama adalah  Sony IMX576 yang hadir dengan saiz piksel 1.8µm pda keadaan cahaya malap (resolusi gambar menjadi 6MP sahaja).

Xiaomi Mi Mix 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 12 Januari ini 3

Selain itu, pada bahagian belakang, Mi Mix hadir dengan reka bentuk kamera konvesional iaiti dua sensor 12MP yang mana sensor biasa hadir dengan aperture f/1.8 manakala sensor telefoto memiliki aperture f/2.4.

Apa yang menarik adalah, Mi MiX 3 turut hadir dengan mod penggambaran waktu malam yang sama seperti ditawarkan oleh Huawei pada P20 Pro yang dikenali sebagai Super Night Mode dan Xiaomi mendakwa hasil gambar mod ini adalah lebih baik pada Mi Mix 3.

Mi MiX 3 juga hadir dengan AI Scene Recognition dan turut hadir dengan rakaman video gerak perlahan pada kadar bingkai 960fps dengan muzik latar belakang auto yang berasaskan AI.

Xiaomi Mi Mix 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 12 Januari ini 4

Mi Mix 3 hadir dengan pemproses Snapdragon 845 yang dipadankan dengan 8GB atau 10GB RAM dan dua kapasiti memori dalaman iaitu 128GB atau 256GB (tiada slot microSD).

Mi Mix 3 juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas melalui slot USB-C manakala pengecasan tanpa wayar adalah pada kadar 10W.

Selain 10GB RAM, Mi Mix 3 juga akan hadir didalam versi yang menyokong rangkaian 5G namun ianya hanya akan memasuki pasaran pada suku pertama 2019 namun tidak pasti samada versi ini akan memasuki pasaran tempatan ataupun tidak (Malaysia tak ada 5G lagi )

Mi Mix 3 akan hadir dengan MIUI 10 dengan Android 9.0 Pie dan juga menjadi telefon pintar Xiaomi pertama untuk hadir dengan butang bantuan suara AI yang menyokong bahasa kebangsaan China sahaja.   

Xiaomi Mi Mix 3 akan ditawarkan didalam tiga warna menarik iaitu hitam, biru dan hijau jed namun harga penjualan masih belum diketahui.

terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Mi Mix 3 di Malaysia akan ditawarkan pada harga RM 2,299 dan ianya bagi versi 6GB RAM +128GB storan dalaman.

harimaubet