Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Y Max : telefon pintar yang lebih menyeluruh

Huawei Y Max : telefon pintar yang lebih menyeluruh 1

Huawei Y Max : telefon pintar yang lebih menyeluruh

Semakin kita mengorak langkah kepada tahun 2019, dunia telefon pintar yang semakin tepu hadir dengan pelbagai telefon pintar baru yang unik di pasaran.

Sebagai percubaan merangsang pertumbuhan pasaran, Huawei telah memperkenalkan satu model telefon pintar baru yang hadir dengan skrin paparan gergasi yang sudah pasti menarik minat pengguna khususnya golongan muda.

Huawei Y Max adalah model yang kami maksudkan dan telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan berukuran 7.12-inci.

Berikut adalah sebab kenapa Huawei Y Max mampu menjadi telefon pintar terbaik bagi anda.

Huawei Y Max : telefon pintar yang lebih menyeluruh 2

Skrin paparan saiz mega pada profil rangka yang lebih kecil.

Huawei Y Max hadir dengan skrin paparan berukuran 7.12-inci yang memiliki resolusi FHD+ 2440 x 1080 piksel.

Ianya hadir dengan reka bentuk skrin dewdrop yang dilihat berinspirasikan Huawei Mate 20X dan dengan nisbah skrin yang sama iaitu 18:7:9.

Huawei Y Max : telefon pintar yang lebih menyeluruh 3

Reka bentuk unik tahun 2018

Tahun 2018 telah diangkat sebagai year of ‘notch’ atau tahun dimana reka bentuk dengan skrin yang mempunyai takukan menjadi satu aspek reka bentuk yang wajib ada pada telefon pintar.

Huawei Y Max hadir selangkah kehadapan dengan penawaran reka bentuk skrin takukan ‘dewdrop’ selain penawaran panel belakang yang seakaan berasaskan kulit dengan jahitan ‘palsu’ di sekeliling panel belakang telefon pintar gergasi ini.

Dengan saiz skrin yang besar, Huawei telah mengadaptasikan pengunaan skrin dengan saiz bezel yang lebih kecil untuk memudahkan pengunaan sebelah tangan yang lebih ergonomik.

Huawei Y Max : telefon pintar yang lebih menyeluruh 4

Bateri berkapasiti 5,000mAh

Bagi telefon pintar dengan saiz skrin berskala besar seperti Huawei Y Max, bateri dengan kapasiti yang besar adalah sesuatu yang menjadi keperluan melebihi kemahuan.

Kebanyakkan telefon pintar pada tahap harga yang sama selalu mengecawakan apabila kapasiti bateri yang ditawarkan tidak setimpal dengan profil telefon pintar yang besar.

Huawei berjaya memuatkan bateri berkapasiti 5,000mAh pada Y Max ini dan ianya juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas.

Pengunaan pemproses Qualcomm Snapdragon 660 AIE yang juga hadir dengan teknologi penjimatan bateri dan pengurusan pengunaan bateri ‘latar belakang’ juga membantu meningkatkan lagi jangka hayat bateri Huawei Y Max.

Pembesar suara Dolby Atmos

Dengan saiz skrin 7.12-inci, Huawei Y Max adalah satu peranti multimedia yang sesuai untuk gaming dan tontonan video.

Untuk itu, anda harus mempunyai sistem audio yang baik dan Huawei Y Max hadir dengan sistem bunyi Dolby Atmos yang akan memberikan anda pengalaman gaming dan tontonan video yang lebih imersif.

Kedua-dua pembesar suara Huawei Y Max bergabung tenaga untuk mengeluarkan output bunyi stereo yang sangat baik dan lantang.

Kapasiti RAM dan memori dalaman yang luas

Pada tahap harga Huawei Y Max, ianya adalah telefon pintar yang mampu menawarkan ruang memori yang mencukupi untuk kegunaan agresif anda.

Dengan 4GB RAM dan 128GB memori dalaman, anda tidak perlu risau mengenai masalah memori tidak mencukupi yang sering menghantui kebanyakkan telefon pintar bajet.

Jika itu tidak mencukupi, Huawei Y Max juga hadir  dengan sokongan kad memori NM yang lebih kecil daripada kad microSD namun dengan prestasi dan kelajuan muat naik atau muat turun data yang lebih pantas.

Huawei Y Max : telefon pintar yang lebih menyeluruh 5

Sensor dwi-kamera AI

Huawei semenangnya terkenal dengan teknologi kamera terbaik di pasaran dan pada Huawei Y Max, syarikat ini membuktikan bahawa beberapa ciri-ciri kamera flagship boleh juga ditawarkan pada telefon pintar mampu milik.

Huawei Y Max hadir dengan kombinasi dwi-kamera 16MP + 2MP yang turut memiliki teknologi pengesan adengan berasaskan AI.

Kamera Huawei Y Max ini mampu mengesan hampir 500 adengan penggambaran pada 22 kategori gambar sebelum menawarkan tetapan penggambaran paling optimum yang membolehkan anda menggambil gambar seperti seorang profesional.

Huawei Y Max : telefon pintar yang lebih menyeluruh 6

Huawei Y Max kini sudah ditawarkan untuk pembelian dan ianya hadir dengan harga penjualan RM 1,299 sahaja.

Huawei Y Max ini boleh didapati didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan perang dengan setiap pembelian yang dibuat akan melayakkan anda menerima hadiah percuma Huawei Y Max Flip Cover (RM78) dan beg tote premium krismas

Huawei Y Max di stor atas talian rasmi Huawei dengan menekan pautan ini >  Huawei Y Max

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.