Telefon pintar 5G Vivo yang pertama telah dipamerkan di China
Tahun 2019 akan menyaksikan dunia telefon pintar melangkah ke era telekomunikasi baru iaitu dengan pengenalan teknologi 5G.
5G bukanlah hanya merupakan aspek pembangunan penting bagi teknologi internet mudah alih malahan ianya akan menjadi antara ciri yang wajib dimiliki pada telefon pintar yang akan datang.
Disebabkan ini kebanyakkan pengeluar telefon pintar terkemuka dunia sedang berkerja keras untuk membawa masuk teknologi 5G ini pada telefon pintar keluaran mereka ke pasaran dengan segera.
Vivo, salah satu daripada 5 pengeluar telefon pintar terbaik dunia juga telah mempamerkan telefon pintar Vivo yang hadir dengan sokongan 5G di Simposium Teknologi ICT di Beijing China baru-baru ini.
Zhang Yuan, pengarah pembangunan produk Vivo juga telah membuat pembentangan khas mengenai ā mempercepatkan pembangunan dan kajian (R&D) telefon pintar 5Gā, membuktikan lagi kepentingan telefon pintar 5G Vivo yang sedang didalam pembangunan.
Selain itu, bekas ketua pegawai eksekutif Vivo juga berkata bahawa projek pembangunan dan kajian telefon pintar 5G Vivo sedang berjalan dengan lancer dan model telefon pintar 5G pra-komersial pertama akan dilancarkan pada tahun 2019 dan pada tahun 2020, Vivo akan melancarkan telefon pintar 5G mereka yang pertama ke pasaran dunia.
Pada tahun 2019, vivo akan mengambil bahagian dalam ujian kumpulan promosi IMT-2020, yang
ujian terminal, dan ujian rangkaian yang dianjurkan oleh syarikat telekomunikasi.