Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite – telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 1

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 2

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite – telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda

Pengenalan

Telefon pintar kelas flagship Xiaomi bagi tahun 2018 sedikit berbeza jika dibandingkan dengan tahun lalu.

Selepas 7 generasi, portfolio telefon pintar utama Xiaomi ini diperkembangkan kepada beberapa model iaitu Mi 8, Mi 8 Explorer Edition, Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite.

Selepas memperkenalkan Xiaomi Mi 8 ke pasaran Malaysia beberapa bulan lalu, Xiaomi kini telah membawa masuk Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite.

Fokus kita adalah kepada Xiaomi Mi 8 Lite yang dilihat sebagai pertaruhan terbaik syarikat ini pada pasaran Selfie yang kini mempunyai pegangan besar pada pasaran telefon pintar dunia.

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 3

Reka Bentuk

Xiaomi Mi 8 Lite hadir dengan reka bentuk yang tidak begitu jauh berbeza apabila dibandingkan dengan model lain didalam siri Mi 8 ini.

Xiaomi Mi 8 Lite ini merupakan satu-satunya model yang hadir dengan panel skrin IPS LCD yang dan ianya turut memiliki takukan pada bahagian atas skrin.

Mi 8 Lite juga hadir dengan bezel yang ketara pada sekeliling skrin yang menjadikan dimensi telefon pintar ini lebih besar.

Selain itu, takukan pada skrin juga lebih besar berbanding yang diperlukan dan anda boleh melihat dengan jelas bahawa ruang yang digunakan untuk kamera dan earpiece adalah lebih kecil berbanding saiz takukan tersebut.

Pada bahagian belakang, Xiaomi buat pertama kali telah menawarkan pilihan warna gradiasi pada model telefon pintar mereka.

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 4

Ianya adalah panel gelas 2.5D yang turut menempatkan sensor capjari dibahagian tengah panel ini.

Posisi kamera Mi 8 Lite adalah melintang berbeza dengan Mi 8 dan Mi 8 Pro yang hadir dengan modul kamera menegak.

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 5

Jalur antena pada Mi 8 lite ini adalah pada bahagian sisi dan ianya hadir didalam warna yang menyamai warna rangka.

Pada bahagian bawah, Xiaomi Mi 8 Lite hadir dengan dua gril pembesar suara dan slot USB-C manakala bicu audio 3.5mm tidak disertakan sama sekali.

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 6

Skrin paparan

Xiaomi Mi 8 Lite merupakan satu-satunya model didalam keluarga Mi 8 untuk hadir dengan panel skrin IPS LCD dan bukanya panel AMOLED ( untuk mengurangkan kos sesuai dengan harga).

Skrin paparan Mi 8 Lite mempunyai ukuran 6.26-inci dengan resolusi FHD+2560 x 1080 piksel dan kepadatan piksel 403ppi (19:9).

Walaupun tidak setaraf skrin AMOLED yang digunakan pada Mi 8 dan Mi 8 Pro, skrin paparan LCD ini mempunyai kecerahan dan warna yang baik.

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 7

Pemproses

Xiaomi Mi 8 Lite sebagai telefon pintar kelas pertengahan hadir dengan pemproses Snapdragon 660 AIE yang dipadankan dengan dua kapasiti RAM LPDDRX4 dwi-saluran iaitu 4GB atau 6GB dengan kapasiti dalaman 64GB atau 128GB.

Walaupun pemproses Snapdragon 710 telah mula ditawarkan dipasaran, Xiaomi memilih untuk menggunakan pemproses Snapdragon 660 yang lebih lama dipasaran.

Walaubagaimanapun, ujian prestasi kedua-dua pemproses ini membutikan bahawa pemproses Snapdragon 660 ini memiliki kebolehan yang hampir sama seperti Snapdragon 710.

Pemproses Quad-Core Snapdragon ini hadir dengan kelajuan sehingga 2.2GHz dan ianya turut dipadankan dengan unit pemprosesan grafik (GPU) Adreno 512.

Prestasi keseluruhan yang ditawarkan pada Xiaomi Mi 8 Lite ini adalah memuaskan khususnya bagi model 6GB RAM yang menawarkan lebih kuasa multitasking.

Mi 8 Lite ini hadir dengan MIUI 10 yang dilihat amat mudah untuk menyesuaikan diri bagi mereka yang baru kepada ekosistem Xiaomi ini.

Mi 8 Lite ini hadir dengan sistem operasi Android 8.1 yang mungkin akan menerima kemaskini Android 9.0 Pie tidak lama lagi.

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 8

Kamera

Melalui Mi 8 Lite, Xiaomi dilihat ingin mencuba nasib didalam pasaran selfie yang kompetitif dan didominasi oleh telefon pintar daripada Vivo dan Oppo.

Apa pun mengikut aturan, kita kembali kepada sensor kamera belakang terlebih dahulu.

Mi 8 Lite hadir dengan kombinasi kamera 12MP yang digandingkan dengan satu sensor 5MP yang hanya boleh digunakan untuk ‘depth sensing’ atau lebih mudah difahami untuk mod portrait.

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 9

Mi 8 Lite ini mempunyai sensor kamera yang sama seperti Xiaomi Mi 8 Pro yang merupakan telefon pintar yang lebih mahal dan dengan sensor kamera yang sama, kita mungkin menyaksikan pretasi kamera yang setaraf seperti telefon pintar utama Xiaomi itu.

Optik pengstabilan imej pada kamera belakang Mi 8 Lite tidak disertakan namun ianya ditebus dengan penawaran mod kamera AI, HDR, Group Selfie, AI Beauty, mod manual dan banyak lagi.

Mod portrait pada Mi 8 Lite ini juga mempunyai prestasi keseluruhan yang kurang konsisten, ada ketika pengasingan latar belakang dan subjek amat sempurna dan ada juga gambar portrait yang hasilnya portrait tidak sempurna.

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 10

Beralih kepada kamera hadapan, Mi 8 Lite hadir dengan sensor kamera 24MP yang dibekalkan oleh Sony (IMX576).

Gambar selfie yang diambil melalui kamera hadapan ini adalah memuaskan namun jarak antara kamera dan objek tidak boleh terlalu jauh kerana ianya hadir dengan fokus tetap.

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 11

Bateri

Xiaomi Mi 8 Lite hadir dengan bateri berkapasiti 3,350mAh yang turut disertakan dengan sokongan pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0 namun plak pengecasan yang disertakan tidak hadir dengan QC 3.0

Dengan pemproses berprestasi tinggi seperti Snapdragon 660, Mi 8 Lite tidak mampu menawarkan jangka hayat bateri yang lebih baik.

Prestasi bateri Xiaomi Mi 8 Lite dilihat lebih kurang sama dengan Mi A2 yang turut hadir dengan pemproses Snapdragon 660.

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 12

Penutup

Xiaomi Mi 8 Lite boleh dikatakan sebagai antara telefon pintar terbaik pada tahap harga ini dan dengan spesifikasi yang cukup lengkap, Mi 8 Lite mampu menarik perhatian pengguna muda yang ingin memiliki telefon pintar baru.

Walaupun tidak sempurna, Mi 8 Lite boleh dilihat sebagai mencukupi pakej yang cukup untuk memberikan persaingan sengit kepada telefon pintar lain dipasaran (pada tahap harga yang sama).

Anda boleh beli Xiaomi Mi 8 Lite di SINI.

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 9

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 14

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 15

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 16

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 17

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 18

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 19

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 20

ULASAN : Xiaomi Mi 8 Lite - telefon selfie flagship yang mampu menarik minat golongan muda 21

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.