Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Teknologi Sensor Capjari ‘In-Display’ Vivo Telah Menerima Anugerah Inovasi Terbaik Android Tahun 2018

Teknologi Sensor Capjari 'In-Display' Vivo Telah Menerima Anugerah Inovasi Terbaik Android Tahun 2018 1

 

Teknologi Sensor Capjari 'In-Display' Vivo Telah Menerima Anugerah Inovasi Terbaik Android Tahun 2018 2

Teknologi sensor capjari terbina pada skrin yang diperkenalkan oleh Vivo telah mendapat anugerah inovasi terbaik telefon pintar Android pada tahun 2018.

Anugerah inovasi terbaik pada telefon pintar Android bagi tahun 2018 telah dianugerahkan oleh Android Authority yang merupakan syarikat media teknologi terkemuka antarabangsa.

Android Authority juga telah mengambil kesempatan ini untuk memuji Vivo yang merupakan pengguna pertama dan terbesar teknologi sensor capjari terbina pada skrin ini.

Teknologi Sensor Capjari 'In-Display' Vivo Telah Menerima Anugerah Inovasi Terbaik Android Tahun 2018 3

Vivo memperkenalkan telefon pintar pertama dengan teknologi ‘In-Display Fingerprint’ didalam masa setahun selepas prototaip dipamerkan dan ianya dijual secara meluas dipasaran. Selain itu, Hasil inovasi pertama Vivo menggunakan teknologi ini adalah Vivo X20 Plus UD diikuti oleh X21 UD, NEX dan V11.

Teknologi Sensor Capjari 'In-Display' Vivo Telah Menerima Anugerah Inovasi Terbaik Android Tahun 2018 4Selain itu, Vivo juga pergi selangkah ke hadapan dengan pengenalan Vivo NEX yang menjadi telefon pintar pertama didunia dengan kamera selfie tersembunyi yang menjadikanya sebagai telefon pintar dengan skrin paparan Ultra FullView tanpa bezel yang sebenar.

Teknologi Sensor Capjari 'In-Display' Vivo Telah Menerima Anugerah Inovasi Terbaik Android Tahun 2018 5

Dengan skrin paparan Super AMOLED 19:3:9 berukuran 6.59-inci, Vivo NEX hadir dengan nisbah skrin kepada badan 91.24% dan pada masa yang sama turut hadir dengan teknologi sensor capjari terbina pada skrin.

Vivo NEX juga hadir dengan penyelesaian genius bagi memaksimakan ruang skrin dimana tiada sebarang gril pembesar suara diperlukan untuk pengeluaran bunyi kerana telefon pintar ini hadir dengan teknologi bunyi soundcasting yang menghantar bunyi melalui getaran pada skrin.

Vivo NEX kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,799 dan pembelian boleh dibuat dilaman sesawang rasmi Vivo Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.