Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Y9 akan mula ditawarkan di Malaysia 11 November ini pada harga RM 899

Huawei Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Huawei Y9 akan mula ditawarkan di Malaysia dari 11 November ini dengan harga penjualan RM 899.

11.11 adalah hari kempen penjualan atas talian dan Huawei juga tidak mahu terlepas didalam menawarkan pelbagai promosi dan tawaran menarik kepada pengguna.

Huawei Y9 ini akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan biru dengan pembelian boleh dibuat di semua stor rasmi Huawei, stor atas talian Huawei, wakil penjual yang sah dan melalui syarikat telko.

Selain itu, pengguna yang berminat memiliki Huawei Y9 boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM 649 sahaja dengan pembelian bauchar menarik yang mana anda hanya perlu membayar RM 50 untuk menerima rebat pembelian bernilai RM 250.

Beli Bauchar khas 11.11 diĀ SiNi

Bauchar ini boleh dibeli di shop.Huawei mulai hari ini dan boleh digunakan pada 11 November untuk pembelian apa-apa produk Huawei.

Sebanyak tiga nilai bauchar ditawarkan dan ianya adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding apa yang anda bayar.

RM 30 – bauchar RM 90

RM 40 – bauchar RM 160

RM 50 – bauchar RM 250

Setiap pembelian Huawei Y9 akan turut menerima hadiah cenderamata AirAsia sementara stok masih ada.

Bercakap mengenai Huawei Y9 ini, ianya hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.5-inci, pemproses Kirin 710 dengan GPU Turbo, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Selain itu, Huawei Y9 yang menampilkan tetapan dwi-kamera iaitu sensor 13MP+2MP dibahagian belakang dan 16MP+2MP dibahagian hadapan.

Beli Huawei Y9 di di SiNi

Beli Bauchar khas 11.11 di SiNi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.