Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite akan tiba di Malaysia esok dengan harga dari RM 999

Xiaomi Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite akan tiba di Malaysia esok dengan harga dari RM 999 1

Xiaomi Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite akan tiba di Malaysia esok dengan harga dari RM 999 2

Pada bulan September yang lalu, Xiaomi telah memperkenalkan dua model baru yang akan menjadi sebahagian dari keluarga peranti flagship Mi 8 iaitu Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite.

Berita baik bagi kita di Malaysia adalah, kedua-dua model baru Mi 8 ini akan mula ditawarkan di Malaysia mulai esok 10 November dengan harga penjualan dari RM 999 sahaja.

Xiaomi Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite akan tiba di Malaysia esok dengan harga dari RM 999 3

Bercakap mengenai Mi 8 Pro, ianya mewarisi kesemua spesifikasi Mi 8 Explorer Edition dengan sensor capjari terbina pada skrin selain IR Face Unlock menggantikan 3D Structure Face unlock yang disertakan pada Mi 8 Explorer Edition.

Xiaomi Mi 8 Pro ini hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.21-inci, pemproses Snapdragon 845, 8GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan bateri 3,000mAh.

Selain itu, Mi 8 Pro juga memiliki teknologi dwi-kamera 12MP f/1.8 + 12MP f/2.4 dan kamera selfie 20MP.

Xiaomi Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite akan tiba di Malaysia esok dengan harga dari RM 999 4

Bercakap mengenai Mi 8 Lite pula, ianya hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.26-inci, dwi-kamera 12MP + 5MP, kamera selfie 24MP dan bateri berkapasiti 3,350mAh.

Mi 8 Lite hadir dengan sensor capjari pada panel belakang dan ditawarkan didalam 4 warna iaitu biru,ungu, oren dan kuning.

Harga penjualan Xiaomi Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite adalah seperti berikut :

Xiaomi Mi 8 Pro 8GB/128GB – RM 2,399

Xiaomi Mi 8 Lite 4GB/64GB – RM 999

Xiaomi Mi 8 Lite 6GB/128GB – RM 1,299.

Xiaomi Mi 8 Pro akan ditawarkan didalam warna titanium lutsinar dan boleh dibeli di Mi Stor Malaysia mulai esok.

Xiaomi Mi 8 Lite versi 4GB/64GB akan ditawarkan di stor rasmi Mi di Shopee pada 10 November sebelum ditawarkan di stor rasmi Mi di Lazada mulai 11 November.

Stor Mi Shopee

Stor Mi Lazada

Bagi Mi 8 Lite versi 6GB/128GB pula, ianya akan ditawarkan secara eksklusif di stor Mi.

Kedua-dua versi Mi 8 Lite ini akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu biru aurora dan hitam.

Selain itu, Xiaomi akan turut mengadakan penjualan khas pertama Mi 8 Lite di Mi Stor Pavilion Kuala Lumpur, Mi Stor IMAGO Sabah dan Mi Stor Kuantan City Mall (pembeli terawal akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM 138).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.