Xiaomi Mi Mix 3 disahkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi
Xiaomi Mi Mix 3 yang dilancarkan pada 25 Oktober yang lalu kini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi namun harga penjualan telefon ini di Malaysia masih belum didedahkan.
Bercakap mengenai Xiaomi Mi Mix 3, ianya hadir dengan skrin paparan AMOLED gergasi berukuran 6.4-inci yang memberikan resolusi FHD+ dengan nisbah skrin kepada badan 93.4%.
Xiaomi Mi Mix 3 juga hadir dengan teknologi kamera slider yang mana ianya mempunyai modus operasi yang sama seperti kamera Oppo Find X namun Xiaomi menggunakannya pada kamera hadapan.
Ianya adalah teknologi dwi-kamera 24MP + 2MP dimana sensor kamera utama adalah Sony IMX576 yang hadir dengan saiz piksel 1.8µm pda keadaan cahaya malap (resolusi gambar menjadi 6MP sahaja).
Selain itu, pada bahagian belakang, Mi Mix hadir dengan reka bentuk kamera konvesional iaiti dua sensor 12MP yang mana sensor biasa hadir dengan aperture f/1.8 manakala sensor telefoto memiliki aperture f/2.4.
Apa yang menarik adalah, Mi MiX 3 turut hadir dengan mod penggambaran waktu malam yang sama seperti ditawarkan oleh Huawei pada P20 Pro yang dikenali sebagai Super Night Mode dan Xiaomi mendakwa hasil gambar mod ini adalah lebih baik pada Mi Mix 3.
Mi MiX 3 juga hadir dengan AI Scene Recognition dan turut hadir dengan rakaman video gerak perlahan pada kadar bingkai 960fps dengan muzik latar belakang auto yang berasaskan AI.
Mi Mix 3 hadir dengan pemproses Snapdragon 845 yang dipadankan dengan 8GB atau 10GB RAM dan dua kapasiti memori dalaman iaitu 128GB atau 256GB (tiada slot microSD).
Mi Mix 3 juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas melalui slot USB-C manakala pengecasan tanpa wayar adalah pada kadar 10W.
Selain 10GB RAM, Mi Mix 3 juga akan hadir didalam versi yang menyokong rangkaian 5G namun ianya hanya akan memasuki pasaran pada suku pertama 2019.
Mi Mix 3 akan hadir dengan MIUI 10 dengan Android 9.0 Pie dan juga menjadi telefon pintar Xiaomi pertama untuk hadir dengan butang bantuan suara AI yang menyokong bahasa kebangsaan China sahaja.
Xiaomi Mi Mix 3 akan ditawarkan didalam tiga warna menarik iaitu hitam, biru dan hijau jed dan ura-ura mengatakan Mi Mix 3 akan memasuki pasaran Malaysia sekitar penghujung bulan hadapan atau awal bulan Disember.
Bersama-sama pembelian anda akan turut menerima pad pengecasan tanpa wayar dan bekas pelindung peranti.
Bercakap mengenai harga penjualan pula, Mi Mix 3 mungkin hadir dengan harga penjualan sekitar RM 1,999-RM 2,599.