Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar Realme dengan harga penjualan serendah RM 400 akan memasuki pasaran Malaysia November ini

Anak syarikat Oppo iaitu Realme nampaknya akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa terdekat dan pengesahan ini telah diberikan di akaun rasmi Realme di Facebook dan Instagram.

Telefon pintar siri Realme 2 akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Oktober dan kita mungkin menyaksikan penawaran tiga model Realme yang dilancarkan di Indonesia awal bulan ini iaitu Realme 2, Realme 2 Pro dan Realme 1C.

Sebanyak 3 model Realme dilancarkan iaitu Realme 1C, Realme 2 dan Realme 2 Pro.

Pelancaran telefon pintar Realme dijangka akan berlangsung pada bulan November dan ini sudah pasti akan meningkatkan lagi daya saing pasaran kelas pertengahan yang didominasi oleh Honor, Vivo, Xiaomi dan Oppo.

Berikut adalah spesifikasi tiga telefon pintar Realme yang akan memasuki pasaran Malaysia.

Realme 2 Pro

Realme 2 Pro hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.3-inci dengan reka bentuk panel skrin ‘dew-drop’, pemproses Snapdragon 660 dan beberapa kapasiti RAM dan storan dalaman iaitu 4GB/64GB, 6GB/64GB dan 8GB/128GB.

Realme 2 Pro juga hadir dengan tetapan dwi-kamera 16MP f/1.7 + 2MP selain kamera selfie 16MP f/2.0.

Selain itu, Realme 2 Pro juga hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang, Color OS 5.2 berasaskan Android Oreo dan bateri berkapasiti 3,500mAh.

Harga penjualan Realme 2 Pro di Indonesia adalah seperti berikut:

Realme 2 Pro – 4GB/64GB – IDR2,899,000 (RM 791)

Realme 2 Pro – 6GB/64GB – IDR3,299,000 (RM 901)

Realme 2 Pro – 8GB/128GB – IDR3,699,000 (RM 1010)

Realme 2

Realme 2 pula merupakan versi yang lebih murah berbanding versi pro dan ianya hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.2-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 450, dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 3GB/32GB dan 4GB RAM/64GB selain bateri berkapasiti 4,230mAh.

Realme 2 juga hadir dengan tetapa dwi-kamera dibelakang namun ianya adalah kombinasi kamera 13MP + 2MP manakala kamera selfie hanya lah unit 8MP dengan aperture f/2.2.

Realme 2 juga menampilkan reka bentuk panel belakang ‘diamond cut’ seperti pada Oppo F9.

Harga penjualan Realme 2 di Indonesia adalah seperti berikut:

Realme 2 3GB/32GB – IDR1,999,000 – (RM 546)

Realme 2 4GB/64GB – IDR2,399,000 (RM 655)

Realme C1

Selain dua model dari Realme 2, Realme turut membawa masuk Realme 1C yang merupakan model paling murah yang ditawarkan syarikat ini.

Realme C1 ini juga hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.2-inci, pemproses Snapdragon 450, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,320mAh.

Kamera Realme C1 adalah sensor dwi-kamera dibahagian belakang iaitu kombinasi 13MP + 2MP manakala kamera selfie adalah 2MP.

Realme C1 ini akan mempunyai harga penjualan IDR1,499,000 atau sekitar RM 409 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.