Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tempahan bagi komputer riba terbaik daripada Huawei kini dibuka

Tempahan bagi komputer riba terbaik daripada Huawei kini dibuka 1

Tempahan bagi komputer riba terbaik daripada Huawei kini dibuka 2

Selain Siri Huawei Mate 20, Huawei Malaysia juga telah mula membuka tempahan bagi komputer riba Huawei yang baru memasuki Malaysia.

Huawei MateBook X Pro dan Huawei MateBook D telah dibuka untuk tempahan dan Huawei mendakwa ianya merupakan antara komputer riba terbaik di pasaran.

Tempahan bagi komputer riba terbaik daripada Huawei kini dibuka 3

Huawei MateBook D adalah komputer riba yang lebih berpatutan dengan harga penjualan RM 2,999 dan hadir didalam satu konfigurasi sahaja iaitu dengan pemproses i5.

Huawei MateBook X Pro ditawarkan didalam dua konfigurasi iaitu dengan pemproses Intel i5 dan pemproses Intel i7.

Harga penjualan Huawei MateBook X Pro versi i5 adalah RM 4,999 manakala versi i7 hadir dengan harga penjualan RM 6,999.

Tempahan bagi komputer riba terbaik daripada Huawei kini dibuka 4

Tempahan bagi komputer riba terbaik daripada Huawei kini dibuka 5

Selain itu, setiap pra-tempahan Huawei MateBook D atau Huawei MateBook X, anda akan menerima langganan Microsoft 365 Home bernilai RM 365 secara percuma (5 pengguna untuk satu tahun).

Lain-lain hadiah percuma yang akan hadir bersama pembelian komputer riba adalah beg galas Huawei, tetikus Bluetooth dan bekas kulit (hanya dengan pembelian MateBook X Pro).

Tempahan boleh dibuat melalui pautan dibawah ; 

  • HUAWEI MateBook X Pro – SiNi
  • HUAWEI MateBook D – SiNi
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.