Samsung Galaxy A7 akan dibuka untuk tempahan 15 Oktober ini pada harga RM 1,299
Samsung Galaxy A7 yang dilancarkan baru-baru ini kini telah memasuki pasaran Malaysia dan akan mula dibuka untuk tempahan dari 15 hingga 21 Oktober 2018.
Telefon pintar pertama Samsung dengan tiga kamera ini adalah dari keluarga siri Galaxy A dan ianya dikenali sebagai Samsung Galaxy A7 (2018).
Bercakap mengenai kamera utama Samsung Galaxy A7 (2018) ianya mempunyai sensor utama 24MP f/1.7 + 5MP f/2.2 dan sensor lensa lebar 8MP f/2.4 yang mempunyai FOV 120 darjah.
Selain itu, Samsung Galaxy A7 (2018) ini juga hadir dengan tetapan kamera selfie 24MP dengan aperture f/2.0.
Bercakap mengenai spesifikasi lain Galaxy A7 (2018) ini, ianya hadir dengan skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.0-inci, pemproses 8-teras Exynos dan hadir dengan 4GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.
Selain itu, Samsung Galaxy A7(2017) akan turut hadir dengan sensor capjari dibahagian sisi (pada butang kuasa), bateri berkapasiti 3,300mAh dan UI Samsung Experience yang berasaskan Android 8.0 Oreo.
Samsung Galaxy A7(2018) ini akan hadir didalam empat warna iaitu hitam, biru, emas dan merah jambu dengan harga penjualan RM 1,299.
Dengan membayar tempahan RM 200, ada akan turut menerima beberapa hadiah menarik iaitu tripod stand mini, thermos mug dan Samsung Screen Protection (nilai kesemua hadiah adalah RM 302).
Tempahan boleh dilakukan di laman sesawang rasmi Samsung Malaysia
Selain itu, Samsung Galaxy A7 juga boleh ditempah di Lazada, Shopee, 11street, SenQ, Senheng dan Harvey Norman ( promosi pra-tempahan).