Oppo umumkan teknologi optimasi gaming Hyper Boost
Oppo secara rasminya telah memperkenalkan satu teknologi peningkatan prestasi pemprosesan yang dikenali sebagai Hyper Boost.
Oppo Hyper Boost adalah jawapan kepada GPU Turbo yang diperkenalkan pada peranti Huawei dan Honor yang mana ianya akan meningkatkan prestasi ketika pengunaan berat seperti bermain permainan video dan banyak lagi.
Hyper Boost ini hadir didalam tiga tahap pengoptimasian tidak kira peranti yang mempunyai pemproses Snapdragon ataupun MediaTek.
Tiga tahap Hyper Boost adalah pada enjin sistem, enjin game dan enjin aplikasi.
Enjin Sistem: menawarkan 50 solusi yang mengoptimasikan pengunaan ‘hardware’ berbanding senario perisian dan aplikasi yang membolehkan Hyper Boost menawarkan hampir 31.91% pembukaan aplikasi yang lebih pantas.
Enjin Game: Oppo telah berkerjasama dengan syarikat seperti Tencent, Netease dan enjin game seperti Unreal, Unity and Cocos. Dengan kerjasama ini, Oppo mampu menawarkan optimasi terbaik bagi 11 tajuk permainan video popular pada peranti mudah alih seperti Honor Kings dan PUBG.
Dengan pengoptimasian ini, ianya membantu mengurangkan kependaman (latency) rangkaian yang
menawarkan pemain pengalaman permainan yang lebih selesa dan lancar.
Enjin Aplikasi: antara aplikasi terawal yang menerima optimasi Hyper Boost adalah WeChat, Mobile Taobao dan Mobile QQ dan sistem ini turut akan menyediakan optimasi bagi 39 senario pengunaan bagi aplikasi yang sering digunakan oleh pemilik telefon pintar.
Oppo Find X dengan kamera tersembunyi kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,699
Buat masa ini masih tidak diketahui peranti Oppo yang mana akan menerima Hyper Boost.