Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone XS dan iPhone XS Max mempunyai masalah pengecasan

Apple iPhone XS dan iPhone XS Max mempunyai masalah pengecasan 1

Apple kini berhadapan satu masalah baru yang dikatakan dialami oleh segelintir pemilik Apple iPhone XS dan iPhone XS Max.

Apa yang dialami oleh telefon pintar terbaru Apple ini adalah ianya tidak mengecas peranti apabila kable pengecasan disambungkan ketika peranti tidak aktif (skrin tidak menyala) dan lebih teruk terdapat juga peranti yang seperti kaku dan tidak mengecas peranti.

Apple iPhone XS dan iPhone XS Max mempunyai masalah pengecasan 2

Unbox Therapy telah menerima laporan dari beberapa pemilik iPhone XS dan iPhone XS Max dan telah menguji sendiri melalui beberapa unit iPhone XS dan iPhone XS mereka.

Terbukti bahawa laporan awal adalah benar dan Apple masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu yang semakin mendapat perhatian dan dikenali sebagai “chargegate”.

Berdasarkan pendapat kami, ianya adalah masalah yang boleh diselesaikan melalui kemaskini perisian iOS yang terbaru.

Walaubagaimanapun jika ianya bukan disebabkan  daripada perisian, Apple akan mempunyai masalah besar yang harus mereka tempuhi.

*tinjaun kami di forum rasmi Apple memberikan penyelesaian sementara menunggu kemaskini daripada Apple iaitu dengan melakukan langkah seperti dibawah :

Settings > FaceID and Passcode > Allow access when locked dan aktifkan USB Accessories.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.