Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme 2 Pro dilancarkan – telefon pintar global pertama anak syarikat Oppo

Anak syarikat Oppo iaitu Realme secara rasminya telah memperkenalkan Realme 2 Pro yang boleh dikatakan sebagai model terbaik pernah dilancarkan syarikat ini.

Realme 2 Pro hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.3-inci dengan reka bentuk panel skrin ‘dew-drop’, pemproses Snapdragon 660 dan beberapa kapasiti RAM dan storan dalaman iaitu 4GB/64GB, 6GB/64GB dan 8GB/128GB.

Realme 2 Pro juga hadir dengan tetapan dwi-kamera 16MP f/1.7 + 2MP selain kamera selfie 16MP f/2.0.

Selain itu, Realme 2 Pro juga hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang, Color OS 5.2 berasaskan Android Oreo dan bateri berkapasiti 3,500mAh.

Realme sebelum ini pernah melancarkan Realme 1 dan Realme 2 namun Realme 2 Pro merupakan model pertama syarikat ini yang akan ditawarkan di pasaran global ( sebelum ini hanya ditawarkan di India).

Realme 2 Pro akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru pekat dan biru cair dengan harga penjualan seperti berikut:

Realme 2 Pro – 4GB/64GB – INR 13,990 (RM 796)

Realme 2 Pro – 6GB/64GB – INR 15,990 (RM 910)

Realme 2 Pro – 8GB/128GB – INR 17,990 (RM 1,025)

Maklumat penjualan antarabangsa Realme 2 Pro ini akan diumumkan pada bulan Oktober 2018.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.