Xiaomi Mi 8 Lite dan Mi 8 Pro dilancarkan secara rasmi dengan harga sekitar RM 846
Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan dua model baru yang akan menjadi sebahagian dari keluarga peranti flagship Mi 8.
Model yang kami maksudkan adalah Mi 8 Lite dan Mi 8 Pro yang sebelum ini dikatakan akan memiliki nama Mi 8 Youth dan Mi 8 Screen Fingerprint.
Mi 8 Pro adalah model Mi 8 Explorer Edition bagi pasaran antarabangsa san ianya ditawarkan didalam tambahan dua warna iaitu biru dan emas selain warna lutsinar.
Mi 8 Pro akan mewarisi kesemua spesifikasi Mi 8 Explorer Edition dengan sensor capjari terbina pada skrin selain IR Face Unlock menggantikan 3D Structure Face unlock yang disertakan pada Mi 8 Explorer Edition.
Xiaomi Mi 8 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.21-inci, pemproses Snapdragon 845, dua kapasiti RAM iaitu 6GB atau 8GB dengan bateri sekitar 3,000mAh.
Selain itu, Mi 8 Pro juga memiliki teknologi dwi-kamera 12MP f/1.8 + 12MP f/2.4 dan kamera selfie 20MP.
Bercakap mengenai Mi 8 Lite pula, ianya hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.26-inci, dwi-kamera 12MP + 5MP, kamera selfie 24MP dan bateri berkapasiti 3,350mAh.
Mi 8 Lite hadir dengan sensor capjari pada panel belakang dan ditawarka didalam 4 warna iaitu biru,ungu, oren dan kuning.
Harga penjualan Xiaomi Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite adalah seperti berikut :
Xiaomi Mi 8 Pro 6GB/128GB – CNY 3,200 (RM 1933)
Xiaomi Mi 8 Pro 8GB/128GB – CNY 3,600 (RM 2,175)
Xiaomi Mi 8 Lite 4GB/64GB – CNY 1,400 (RM 846)
Xiaomi Mi 8 Lite 6GB/64GB – CNY 1,700 (RM 1,027)
Xiaomi Mi 8 Lite 6GB/128GB – CNY 2,000 (RM 1,208)
Penjualan kini telah bermula dipasaran China namun buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat mengenai pelancaran ke pasaran antarabangsa.