Sistem pembayaran tol TNG RFID akan mula beroperasi Januari 2019
Touch n Go secara rasminya telah mengesahkan bahawa era kad Touch n Go sudah sampai ke kemuncaknya dan waktu untuk beralih kepada teknologi yang lebih baik sudah tiba.
RFID atau Radio Frequency Identification akan mula digunakan sebagai alternatif untuk pembayaran tol di lebuhraya-lebuhraya utama di Malaysia mulai Januari 2019.
Sebagai permulaan, 100,000 pengguna terawal RFID telah disenarai pendek ( pemasangan RFID untuk kumpulan ini dijangka selesai penghujung tahun ini) untuk ujian percubaan sebelum pelancaran rasmi dan ketika ini 16 lebuhraya telah mula mempunyai tol RFID (terdapat 5 pusat pemasangan RFID dan lebih banyak akan ditambah dari semasa ke semasa).
Dua jenis tag RFID yang akan digunakan
Setiap pelekat RFID yang dilekatkan pada kereta anda mempunyai keunikan tersendiri dan tambah nilai akaun ini boleh dilakukan secara atas talian melalui aplikasi Touch n Go e-wallet.
Selain itu, setiap pengguna juga boleh mendaftar beberapa kereta dengan tag RFID ini pada satu e-akaun dan setiap satu akan mempunyai tag RFID yang unik.
Mengulas mengenai kekurangan baki ketika melalui tol, anda akan melalui tol ini tanpa sebarang masalah namun akan nilai yang perlu dibayar akan ditolak selepas penambahnilai dibuat ( terhad kepada satu kali sahaja dan ciri ini hanya akan mula ditawarkan selepas selesai program ujian ini, buat masa ini akan memaparkan “baki kurang” pada paparan tol RFID).
Maklumat lanjut mengenai RFID ini boleh anda ketahui di laman mikro di sini > Touch n Go RFID
proses pemasangan RFID :
Pelekat RFID yang unik diletakkan di lampu hadapan kereta
Frekuensi disemak sebelum dan selepas pelekat RFID dilakukan
Pengaktifan akan dibuat didalam masa 24 jam selepas proses pemasangan selesai dan anda akan menerima SMS ataupun boleh menyemak di aplikasi TouchnGo.
5 pusat pemasangan RFID yang beroperasi sekarang
Trak Pemasangan yang akan mula digerakkan tidak lama lagi
Cara menghubungi TNG jika menghadapi sebarang masalah dengan RFID