Vivo V11 dan Vivo V11i kini ditawarkan di Malaysia dengan harga dari RM 1,299
Vivo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka didalam siri V iaitu V11 dan V11i.
Vivo V11 hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.41-inci, pemproses Snapdragon 660 AIE, 6GB RAM, 128GB memori dalaman dan bateri berkapasiti 3,400mAh dengan teknologi pengecasan pantas ‘dual-engine’ melalui slot USB 2.0.
Selain itu, Vivo V11 juga memiliki kamera utama 12MP + 5MP dengan sokongan fotografi AI selain kamera selfie 25MP.
Vivo V11 juga memiliki teknologi sensor capjari didalam skrin ‘in-display fingerprint’ yang diwarisi dari Vivo NEX dan hadir dengan harga penjualan RM 1,699.
Vivo V11i pula adalah versi V11 yang lebih murah dan ianya hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.3-inci, pemproses Helio P60 daripada MediaTek, 4GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,315mAh.
Bercakap mengenai kamera pula, Vivo V11i hadir dengan kamera utama 16MP + 5MP selain kamera selfie 25MP.
Vivo V11i juga kehilangan sensor capjari dalam skrin namun hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang.
Vivo V11i hadir dengan harga penjualan RM 1,299.
Tempahan bagi Vivo V11 dan Vivo V11i telah mula dibuka di Lazada dan DirectdD dan pautanya kami sertakan dibawah :
Selain itu, Digi juga akan menawarkan promosi pembelian Vivo V11 dengan bayaran RM 1 sahaja melalui pelan pascabayar Digi.